~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, January 1, 2013

Review 16: Hadiah Kahwin

hoyeaahhh, dah 1.1.13! Tak payah nak excited sangat kan, umur pun dah semakin meningkat kan. Ni juga merupakan first entry untuk tahun 2013. Tahun baru ni encik suami pun dah start bekerje di bahagian lain bahadian pediatric atau kanak kanak. Untuk dua minggu yang pertama ni encik suami bekerje dari pukol 7 pagi sampai 10 malam. Kesian encik suami mesti penat gile hari hari camtu. jadinye hari hari la aku kene bangun seawal 5.30 pagi nak siapkan sarapan untuk encik suami dan sediakan makan malam.  Tak tau lagi dalam 2 minggu ni encik suami dapat cuti ke tak, kalau tak ade cuti memang aku duduk rumah je la dua minggu ni, nak buat aktiviti ape lagi kan. Tadi merajinkan diri jahit batu batu kat baju sendiri, tak ade kerje kan. Siap je teros excited post kat instagram, kat blog nanti la cite ye. Dan bile tak ade aktiviti ni mule la terase nak buat business pulak, tu akan dibincangkan dengan my partner iaitu adik aku. Diharap berjaya la business kami di Tahun 2013 ni. Encik suami la yang kene keluarkan modal kan. Sape lagi aku nak mintak kan. Business ape, tak boleh cerite dulu, nanti dah jadi baru boleh share kat blog ni. 2minggu encik suami kesebokan ni tak taula encik suami ade mase tak nak bace blog aku ni kan *kurang la pembaca setia hehe*. Dan bile duduk sorang sorang ni terasa nak belajar menjahit, tapi aku tak berape berbakat sangat, jahit untuk sendiri boleh la, tu pun yang simple simple je.

Bile dah cerita pasal hadiah hadiah, ni bermakna ni penutup untuk review majlis kahwin aku. Lepasni boleh update aktiviti biase. Tapi kan nak update rutin harian pun hari hari buat bende same je kan. Orang bace pun bosan, nak update pun mesti aku kekeringan idea je nanti.

Aku nak share pasal hadiah ni sebab aku rase sangat berterima kasih untuk semue hadiah yang kawan kawan berikan dan semue hadiah yang diberikan sangat la berguna. Walaupun kami tak ade rumah lagi, duduk rumah mama babah aku, ade jugak barang yang kami letak dalam bilik. Dan untuk barang elektrik pun tak elok simpan lame lame, buat rosak je, jadinye kene la gune jugak.

Antara hadiah yang paling aku suke la kan *semue aku suke tau, tapi ni paling*. boleh buat aku rajin masak ni

*sori gambar tak jelas, sebab hadiah ni kat bawah sekali. Kalau amik, nanti malas pulak nak susun, ni kawan encik suami yang bagi tau. kuali tefal!!  bile nak gunakan ni tak tau la. Tunggu pindah rumah baru kot. Mase mama pergi German pun ade belikan kuali dan pisau untuk aku, tak gune kan jugak lagi :)


Vacuum cleaner ni angah aku yang bagi. Senang ade vacuum, disebabkan kat rumah ni ade vacuum, vacuum ni letak kat bilik je. Aku tak pernah lagi gune vacuum ni, encik suami yang rajin vacuum dan sedut sawang sawang kat dalam bilik ni.


Fruit Mixer. Sori tak ade gambar sebab aku dah letak kat bawah. Brand ape pun aku tak ingat tau. Ni kawan kawan aku yang balik dan jelita cik fana, fyza dan memey, beli kat jusco bukit indah, aku yang pilih, sampul hadiah dan kad pun pilih sendiri tau. Ni pun belum gune lagi, nanti kene try jugak, simpan lame lame buat rosak je kan.

Penimbang berat badan. Memang sangat elok untuk orang yang berazam tiap tahun nak kurus macam aku. Tapi penambahan azam tahun ni kurus dan sihat. Hoyeah. Ni along aku yang bagi, bertambah comel bile warna pink kan. Dah digunakan. letak dalam bilik, senang hari hari nak timbang.


Set pisau dan gunting, macam macam jenis pisau ade. Ni mak ngah aku yang bagi, nak aku jadi masterchef barangkali. Tunggu season 5 masterchef aku join. Tapi kene belajar lagi la, setakat masak ayam masak merah dan kicap je reti buat malu je nanti. Yang lain bukan tak reti, yang lain kene tengok resepi, dua ni je yang aku dah hafal tau hehe

Water dispenser. Ni cik erny yang bagi. Bende ni sangat bagus sebab 8 litre kan, tak payah aku nak angkot hari hari kan. Bile dah abis baru refeil, senangnye hidop kan, kalau dapur boleh bawak masuk dalam bilik pun aku nak bawak masuk jugak. Ni air dah habis aku tak refeil lagi tau *pemalas*. Siap bagi warne pink lagi, comel hokey :)

Sabun mandian dan lotion body shop aku dapat dua set, satu my BFF bagi, cik mas dan satu lagi kawan encik suami yang bagi. Perisa strawberry gituw. Hari hari kami bau strawberry tau.

Ni pun best jugak, jarang didapati ye, mak cu dan cu mi aku bagi carpet kecik, comel je warna seakan pink jugak, dia cakap sesuai dengan aku. Mak cu aku cakap semue hadiah dia tengok dah ade orang bagi jadinye  dia nak bagi lain dari lain la ni. Ni pun dah teros gune kat bilik, kadang kadang encik suami baring kat bawah study kat bawah, senang kan bile ade carpet :)

Dua Frame berbingkai yang ditulis Allah, Muhammad dan juga frame berbingkat ayat kursi. Yang dua frame Allah dan Muhammad kawan kawan dari shah Alam yang bagi iaitu cik rasya, nani, ieqa dan rahim. Untuk frame ayat kursi, kalau tak salah aku la kan, ni pun kawan kawan dari shah alam, kawan kesayangan, Kak bel, Mar, Amad dan Syakir.

Barangan elektik rice cooker satu, kettle 1, toaster 1 dan blender 1. Kettle je aku dah gune, tapi kettle dan toaster letak kat bilik. bile ntah aku nak rasmikan toaster tu. Kettle aku letak kat bilik, sebab tiap pagi aku masakkan air untuk encik suami mandi, mandi pukol 5.30 pagi haruslah sejukkan. Encik suami dah macam baby kan :)

 Hadiah paling femes di abad ni kerana dapat lebih dari satu ialah gelas, dapat 10 kotak gelas dari orang yang berlainan dan jenis gelas pun lain lain jugak. dapat set yang cawan dengan piring 1, mug dapat 1 set dengan penutup sekali, set pinggan mangkuk ade 2.


Antara barangan lain yang aku dapat *maaf kalau ade yang tertinggal*
Set cadar dan comforter-2
Cadar sahaja-1
Baju kelawar batik, lengan panjang-2
kain batik-1
kain pelekat-1
Tuala-1
Rice bucket-1
Frame gambar-2
set lilin-1
Album gambar-1
Set bekas alat mandian (tempat letak sabun, beros gigi, sabun buku)-1
set sudu, pisau dan garfu-1
Perhiasan pinggan dari jepun-1
Tupperware Kecik-1

Album gambar ni aku gunakan untuk letak kad kahwin kami, dan jugak semue kad ucapan dari hadiah hadiah yang diberi :)

*ni la album gambarnye, sori kalau tak berape jeles ye*

Hadiah yang paling tak disangka kan, alas tempat tidur baby, warna pink pulak, kene lahirkan baby girl ke nanti? Adik hutang hadiah, sebab sekarang baru dia start keje kan, aku mintak mop yang kat jusco bile nak perah dia automatik gegar, tak payah aku susah susah nak perahkan..haha lepasni rajin la aku mop. Babah mama dah banyak bagi hadiah, ade satu lagi yang special, tiket pergi balik untuk percutian bulan dua nanti diaorang yang bayar kan, hoyeaahhh excited nak pergi bercuti :)


hadiah hadiah untuk kami, thanks semue, sayang korang semue


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

20 comments:

  1. Replies
    1. azura mesti dapat banyak jugak hadiah kan :)

      Delete
  2. Replies
    1. cik awin mesti tak sabar jugak nak dapat hadiah dis year :) mesti banyak jugak nanti :)

      Delete
    2. agak x sabar juga...hehehe...tapi x de la mengharap..ada rezeki, ada la kan...

      Delete
    3. in sha Allah ade la rezeki nanti :)

      Delete
  3. bestla dpt byk hadiah.. sori dijah aku x de hadiah utk ko.. meh aku bagi cium sket.. muaahh.. hehehe.. =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh, mane janji janji manis mu nak beli hadiah kat bandung.. puiiihhh haha

      Delete
  4. penimbang tu paling comel..heheh...pink lagik2..sy tak dapat pun adiah penimbang masa kawenn...best plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kan best dapat penimbang, boleh timbang selalu hehe

      Delete
  5. Banyaknyeeeee.cuci tangan aje nanti bile masuk rumah baru kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ayien, cuci tangan jela, tapi kaki tak cuci lagi la, banyak gak nak kene beli lg ni..hehe ayien msti byk gak dpt adiah ni :)

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamdulillah banyak gak, ms mule2 rase sikit, bile buat review banyak pulak :)

      Delete
  7. Name kite pn ade dlm entry ni?? -Mar-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opss terngumpat mar pulak, cakap bende baik tak apekan, alamak lupe nak bg link.. jap lg dija bg ye :)

      Delete
  8. wahh...banyak nye adiah!!! boLEh wat bisnes nih. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe business ape dear? business gelas je la..hehe

      Delete
  9. wah dija besnya...tak kesah la kecik besar hadiah kan janji ikhlas gitewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, pasni giliran u pulak, mesti x sbr nak bukak adiah nnt :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate