~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, December 11, 2012

Review 2: Majlis Akad Nikah

Semalam dah review baju hari ni nak cerita keseluruhan sepanjang majlis akad nikah, majlis yang bermakna dalam hidup aku, 30.11.2012 merupakan titik perubahan dalam hidup aku, aku bergelar isteri kepada mohd zaki b yunao, setelah lapan tahun kami bersama, lame tu nak tunggu lapan tahun kan, Alhamdulillah setelah lapan tahun kami mendapat cinta halal, ini yang kami impikan selame ini kan
akad nikah pada jam 5 petang selepas asar, aku dah pesan dengan encik suami datang awal tau, sebab tau imam tu akan datang awal, dia datang solat kat surau tempat aku di akad nikahkan, sepanjang pagi tu aku tak ade aktiviti pun, raja sehari kerje umah pun tak buat kan, aku cume tengok movie online kahkah sempat lagi kan, tengah hari tu kawan baik aku mas yang merupakan bridemaids aku mase majlis resepsi sampai kat perhentian bas, tu pun adik dengan angah yang pergi amik, aku dah macam kene perintah berkurung dari hari khamis lagi, jadinye duduk je la rumah goyang kaki tak ade aktiviti, bila mas sampai ade la teman nak borak borak kan, lepas zohor dah mandi mandi dalam pukul 3 aku dah kene bersiap, nak makeup2, adik la yang menjadi jurumakeup masa akad nikah dan juga masa majlis resepsi, aku tersangat puas hati dengan makeup hari tu, suke sangat, kalau kawan kawan ade yang nak makeup untuk dinner ke, akad nikah, tunang, resepsi ke, tak tau sape nak makeupkan, boleh contact aku ye, korang pasti berpuas hati *sempat lagi promote*
Asar masok awal dalam pukul 4.20 petang selepas je asar teros kitaorang gerak ke surau, surau dekat je dengan rumah tapi kene jugak la naik kereta, mule dah bunyi guruh, risau jugak kalau hujan, tapi Alhamdulillah tak hujan pun sepanjang majlis akad nikah resepsi dan bertandang, bende baikkan mesti Allah permudahkan kan, sampai sane tok imam memang dah ade rombongan pengantin lelaki yang lambat sampai, jadinye aku sempat la posing dulu kan sementara tunggu

ni muke tengah nebes woo tunggu rombongan pengantin lelaki

sementara tunggu, tandatangan saksi dulu, imam ni kan jiran aku mase kecik2, yang aku pelok2 dulu, sekarang dah malu pastu sempat lagi wak ni cakap "dah nak kahwin dah kau ye khadijah" aku yang super nebes hanye mampu sengih sengih je la hee



kene sign dulu ye, sebelum tu dia dah tanye yang sudi tak aku nak berkahwin kan, aku yang tak sabar mase tu teros jawab saya sudi haha nasib orang lain tak dengar, lagipun aku bace dalam keluarga sakinah tu cume jawab atau angguk, tapi imam ni skema pulak kene buat ayat ikot dia "saya khadijah bt hishamuddin terima berkahwin dengan mohd zaki b yunos berwalikan bapa saya hishamuddin b jamaluddin" kene jugak cakap cam ni tau, layan je la

disebakan babah tak buat permohonan nak nikahkan aku, tak hantar borang kat pejabat agama, jadinye kene serahkan kat imam ni nikahkan aku, ayah2 sedara aku yang tak puas hati, ye la cam tak sepatutnye cam ni kan, ayah sendiri kene buat permohonan kan

ni call balik encik suami kenape rombongan tak sampai lagi

senyum dalam nebes hoho

sempat lagi posing ngan mama dan mak ngah

ni la suamiku yang kacak bergaya, tau dia bace ni, mesti dia pun senyum bangga je kene puji hehe

ni semue yang hadirkan diri kat surau

serius je muke encik suami

untuk lafaz yang kedua aku disahkan sebagai isteri kepada mohd zaki b yunos

Alhamdulillah doa kesyukuran

aku punye senyum bukan main suke lagi, encik suami pejam mata nak tido ke hehe

ni lafaz taklik



penyerahan mas kahwin, masa ni kelakar gila, sebab tak boleh tanggal frame tu dari basikal, imam tu suruh angkat dengan basikal sekali.. memang gelak je la kan hehe

saya menang basikal :p

upacara pembatalan air semayang, dia suamiku, tapi dah panjang2 kan imam lupe agaknye nak suruh buat sujud syukur

encik suami pakaikan gelang

comel je kan auwww

ni masa penyerahan tanggungjawab babah kepada suamiku

mana aku tak sedih, mama belum baca lagi dah nangis beriya, aku pun tunduk je la sambil tu air mata memang meleleh2 la, amik pakai camera biase nampak tudung aku dah bertompok tompok



selepas lafaz tu kami berpelokan, saat ni mesti tak kan dilupakan dalam hidup aku

pelokan dari babah

with my lovely mama

encik suami dan babah
cari gambar dengan mak mertua tak ade pulak, mungkin sepupu aku pun tak sempat nak tangkap gambar tu

ni la kakak sepupu ku, suami dia yang amik semue picture picture kat atas yang cantik cantik ni, sangat berpuas hatila, tu banyak yang upload tu, rambang mata tak tau nak pilih yang mana

gambar ngan siblings aku pun tak ade la pulak, mungkin dalam camera yang lain
okla aku nak sambung buat kerje rumah la, malam ni encik suami ajak makan kat luar, tak payah masak, dapat cuti masak hari ni, sebab esok encik suami shift malam, jadinye esok malam nak balik umah mak mertuaku, penakot tak nak tido sorang sorang kan :)


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

10 comments:

  1. hehe.comeL La part mas kahwin tu =)

    ReplyDelete
  2. hehehehe..kelakar+comel part mas kawen..apa2 pun tahniah dijah..cantik warna baju awk..manis2 je.. :))

    ReplyDelete
  3. lain nye rupe 2-2 pengantin baru nie..tahniah akhir nye bersatu jugak..semoga bahagia sentiasa dan mendapat keberkatan Allah SWT..

    ReplyDelete
  4. mmg comel btul la pengantin baru ni....sweet je ade gmbar setiap moment...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti masa cik mah setiap detik kene amik gambar tau :) rugi kalau tak amik gambar banyak2 nak ulang balik dah tak boleh :)

      Delete
  5. mesti nebes pengantin lelaki tak sampai lagi, nona yg lmbt ms nak nikah tu hehe...teringat ms imam tnya sudi tak kahwin, nona terus angguk, imam tu siap usik..laju je pengantin perempuan angguk, dh tak sabar tu nk kawin..haha malu nya time tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestila nona, nebes gile tau mase tu sebab kita yang menunggu kan, comel je nona, tapi memang kalau nebes+excited cepat aje nak menjawab..hehe

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate