~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, January 29, 2013

Misi kahwin lagi

Ari ni type entry dalam kecantikan tau uolls, ececeh tolong la jangan perasan sangat. Aku tengah menjalankan aktiviti memakai mask bersama encik suami *cara nak eratkan kasih sayang tu bagi pasangan yang dah berkahwin je ye, yang tak kahwin lagi tak leh tiru*. kononnya lepas pakaikan mask untuk encik suami, aku nak amik gambar encik suami untuk diupload kat instagram, tapi dia tak bagi pulak, sebagai isteri yang kononnya dengar kata dan taat, tak upload la gambar encik suami memakai mask. tatap je la sendiri, buat ape bagi orang lain tatap muke suami kaw kan :)

 
Disebabkan dua hari ni kemalasan mengupdate blog kan. Maka entry ni dah basi la, cite dua hari lepaskan. Biasalah disebabkan hujung minggu hari tu encik suami cuti aku pun amik cuti jugak untuk berblog tau. Tapi hari ni encik suami kerje, nak update blog dari pagi tadi tak boleh sebab gambar kat handphone encik suami, rase tak best pulak membebel tanpa gambar kan, orang nak bace pun bosan je nanti kan *ade ke orang nak bace kan? sangat syok sendiri*.



Disebabkan encik suami cuti pada hari sabtu dan ahad, kami pun menjalankan misi kahwin lagi, eh misi pergi kenduri kahwin ya. Hari yang aku cerita pasal hari pink sedunia untuk aku sorang tu aku ade cerite yang aku shopping hadiah untuk orang kahwin kan. Tapi hari tu tak tunjuk hadiah lagi sebab belum bagi lagi kan, ni dah bagi boleh la tunjuk kat korang kan. Mempersembahkan ni la hadiah hadiah yang telah diberi kepada semue pengantin.


Kami pilih hadiah ni sebab jarang diberikan? ke aku je yang tak dapat bende ni mase kahwin aritu yek? tapi bende ni tersangat bergune kan, boleh letak garam, serbuk kunyit, black pepper, sesuke ati la korang nak letak ape pun kan. ni la bile kita dah ade pengalaman berkahwin ni kan, kita tau la ape yang orang selalu bagi kan. hadiah paling popular ialah gelas, mungkin sebab gelas murah kot. Tapi kami tak nak la nak beli bende murah akhirnya orang tak pakai, sebab terlalu banyak kan.

hadiah ni aku dan mama dah bungkus, aku bungkus satu je, selebihnye mama, aku tak reti balut hadiah, kalau aku balut macam selekeh je tau. alasan malas haha thanks mamaku sebab tolong balutkan



Hari sabtu ade tiga kenduri, dua kat batu pahat dan satu dekat ngan area rumah kat kangkar pulai. semue pengantin kawan encik suami. Dua ni aku tak kenal pun, yang kat area rumah je aku kenal, kawan encik suami kiranye senior mase aku sekolah menengah.

wah sempat posing dalam kete, kulit licin berseri tanpa menggunakan sebarang produk, ni la kecanggihan camera 360 yang buat aku teruje tu haha

Kenduri yang pertama di parit sulong
*dah macam tangga kan, cantik je pengantin kan?*
Ni kawan encik suami mase kat matrik, isteri dia doktor. Dia tanye aku doktor jugak ke, dengan penuh keyakinan jawab tak la suri rumah hoho

Sorang lagi pasangan tu kami tak sempat bergambar pun Majlis berlangsung di Parit Bilal, Kawan encik suami masa di matrik juga. Dekat pukul 5 baru sampai kenduri yamg dekat dengan rumah, betol betol penutup majlis dah. 

\
*pengantin ni pun cantik kan*

Ni pun isteri dia doktor jugak. Bile dia tau aki surirumah, dia cakap bestnye, nak macam tu jugak. Tapi bila duduk rumah sorang sorang bosan jugak sebenarnye, nak kerje jugak, tapi kerje yang senang, kerje separuh hari je, ade tak? wah, demand pulak kan, memang tak dapat la kan :p


Hari ahad diteruskan lagi dengan misi kenduri kahwin. Hari ahad ade dua lagi kenduri, yang satu ni kawan encik suami, senior kat sekolah aku jugak. kali ni pergi yang dekat dulu di Taman Universiti.Tapi pengantin lambat jugak berarak, tak sempat amik gambar dengan pengantin pun.



Next ialah kenduri kahwin kawan aku masa diploma kat uitm segamat, nadiana @ yod, kenduri kat senai meriah jugak la jumpe kawan2 segamat, dah macam reunion jugak la. Ni banyak sikit amik gambar sebab kawan aku kan, semue pulak memang gila gambar.

dengan pengantin, yod dan kay, cantik gila yod, baju dia pun cantik sangat.

ni pengantin bersama anak anak dara, eh, aku sorang je yang tak anak dara haha ni semue kawan uitm segamat

hehe ni keje pengantin lame, pose sesuke hati


next kenduri farah pulak kat kluang, bulan 3 nanti 3.3.13 dah teros dapat kad by hand tau

Alhamdulillah selesai misi dua hari pergi kenduri kahwin. Selamat pengantin baru untuk yang baru berkahwin, dan semoga bahagia sampai ke syurga, amin Cantik cantik kan semua pengantin?
Disebakan dah bosan dua hari makan kenduri je kan, malam buat cheezy wedges sendiri. Wedges je wat sendiri, sos aku beli je.




TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

8 comments:

  1. wah! best nya dapat pegi kenduri kengkawan..WE dis week n next week mmg byk wedding invitation..hoyeay!! tak sabar nak balik penang weekend ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dija this week pun ade invitation, tapi minggu ni kami pergi bercuti, tak dapat la nak penuhi invitation, lepasni kene tengok en suami kerje ke tak, kalau cuti baru boleh gi :)

      Delete
  2. Wahh...memang meriah dgn kenduri.Kenyang makan kenduri dija ye.Sha pon duk pg kenduri je.Hadiah tu sgt menarik dan praktikal. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan tahun ni banyak invitation :)tula sebelum beli hadiah ni dija fikir yang terbaik yang boleh digunakan oleh pengantin nak bermula hidup baru kan :)

      Delete
  3. hahaha. Sya pon tgh pening nk cr adiah nih. byk invites skang kan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, kene pilih yang terbaik tau yang memang confirm digunakan :)

      Delete
  4. sarah dapat spice rack tu dulu.berguna nk letak kunyit dsb.sbnarnya bnda kecik2 mcm ni mmg sgt diperlukan org2 yg br nk hidup berkeluarga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan setuju sangat, tu dija bagi spice rack ni sebab tau berguna nanti :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate