~~pEnGikUt sEtiA~~


Saturday, January 5, 2013

Sensitif Positif

Selamat berhujung minggu semua. Disebakan aku suke menaip, mengarang ataupun membebel bende merapu tibe tibe rase best kalau kita share ape yang kita dapat melalui ape yang kita bace ataupun ape yang kita lihat kan. Sekarang ni kan aku masih tanam anggur/suri rumah sepenoh mase, tengah hari haruslah ade kat rumah kan, pukol 12 memang mase sesuai pulak menonton TV tengok Wanita Hari ni dan hari jumaat malam pulak tengok Primadona, bile wanita berbicara. Sebenarnye tengok bende macam ni dapat jugak kita tambahkan ilmu, lagi lagi tips yang berguna untuk kita yang masih baru berumah tangga ni ataupun yang bakal mendirikan rumah tangga. Pengalaman/cerita yang dikongsi boleh dijadikan iktibar supaya kita tak ulanginya pulak nanti.

Untuk topic hari semalam memang sangat best iaitu  "bila pasangan terlalu sensitif". Disebabkan terasa macam kene batang hidung sendiri makanya aku pun setia menanti depan TV hari semalam sebab tak nak termiss satu perkataan pun kononnya la kan. Tapi sambil tengok sambil tweet ade jugak la perkataan yang tak dengar jugakkan.Aku akui aku memang sangat sensitif, bile encik suami tersalah cakap sikit je, mesti nak merajuk, kalau setakat merajuk tu ok la, lepastu diam je tak lame tu mulela keluar air mata kan. Lagi lagi bile bendera merah, mase sebelum kahwin dulu sampai encik suami tau kalau aku beremosi lebih tu maknenye aku tengah datang bulan la tu. Orang yang selalu jadi mangsa mestilah encik suami kan.

ni gedik gedik merajuk, gambar tahun 2011 kot sebab ni masa prewedding angah, aku menyebok..hee

ha, kan dah tak merajuk lagi, bukan main suke lagi

Lepas aku tengok semalam, memang rase terkene kat diri sendiri jugak la. kebiasaannya kalau kita ni hanya sensitif dengan orang yang terdekat contohnye suami ke sebenarnye kita nak perhatian dari orang tersebut. Contohnya macam kanak kanak, bila baru dapat adik kan si abang ni mesti akan tunjuk perangai, buat macam macam yang dilarang oleh ibubapanye. Sebenarnye ape yang dilakukan ialah kerana mereka nakkan perhatian dari ibu bapa dan sebenarnye nakkan teguran. Nak kata kata dari ibubapa "abang, jangan buat macam tu", bila ibu bapa cakap macam tu mesti anak anak tau yang sebenarnye ibubapa masih memerhatikan anak anak mereka. Kanak kanak kadang kadang tak reti nak luahkan dari kata kata, sebab tu dia akan tunjukkan dari perbuatan. Samelah situasi si isteri, kadang kadang bukan kita nak merajuk suke suke kan, kalau seharian isteri tunggu suami dirumah, bila malam suami balik dari kerje mestilah isteri nak bermanja manja nak perhatian, jadinye bile suami sebok dengan handphone k, nanti isteri rase dia kurang perhatian tau. *macam cakap kat diri sendiri hehe*.

aku memang suke bab pujok memujok kot, ni masa prewedding aku, tema jepun, tak pernah review prewedding, picture ni semue gune untuk guestbook

saje tepek gambar, ni namenye syok sendiri kan. Entry tak ade gambar macam tak best la..hehe

Tapi kalau sensitif yang positif tak ape, janganlah sensitif sampai marah marah suami atau tingggikan suara dengan suami ya. Contoh sensitif yang positif, buat suara manje ye, "abang, sampai hati lupe tarikh anniversary kita" dengan nada lebut tau, nanti mesti suami akan rase bersalah dan mintak maaf sebab lupe, dan hati perempuan akan sejuk mesti teros senyum je kan. Dan kalau berlaku perselisihan berbincanglah, dan jangan selesaikan ketika masih marah tau, sebab bile kita marah kan perkataaan yang akan dikeluarkan dari mulot kita lebih kasar dan tak sedap didengar, jadinye berbincanglah keesokan harinye. Kalau simpan teros pun tak elok jugak tau. Bila Keesokan harinye barulah kita tanya en suami/isteri "semalam satu hari tunggu abang nak makan sama sama, kalau abang ade banyak kerje call/sms dulu, balik abang tak makan pun". Kan ayat yang didengar oleh pasangan lebih manis, mesti lepas ni dia tak buat lagi. Tiba tiba nak kaitkan dengan kisah sendiri, haritu encik suami shift malam, dia cakap esok dia habis kerje pukol 9.00 pagi, aku tunggu sambil tengok tv ni, sampai dah nak dekat pukol 10.30 pagi encik suami tak balik lagi, mestilah kita risaukan. Memang aku dah tak fokus tengok tv dah, mesej dua dua handphone tak delivered dan bile tak delivered mestilah tak berbalas kan, bertambahla risau kan. Tapi aku tetap hantar jugak mesej walaupun tak delivered. Lepastu encik suami sampai mestilah aku terus cakap abang kenape balik lambat hari ni, kate nak balik pukol 9, aku cakap nada lembut je ni tau lepas salam dia. aku cakap risau tau, dahla mesej tak berbalas. Encik suami macam biaselah nak berguraukan "okey, abang balas sekarang ye, tadi abang siapkan kerje dulu, betri handphone dua dua pulak habis". Lepatu encik suami dah janji kalau kerje malam dia charge handphone siap siap, sebelum balik dia mesej dulu. Sampai sekarang, sebelum encik suami balik dia akan mesej dulu kalau terlupe pun lepastu dia akan call. Bile kita dah luahkan tak ade la dia akan ulangi bende same kan, cume cara kita cakap tu yang perlu dibetulkan.

dari mata turun ke hati :)

Perempuan akan jadi lagi sensitif bila perkara yang dia tak bagi buat diulangi berkali kali. Inilah punca terjadinye bebelan dari pagi membawa ke petang. Aku ni belum sampai tahap yang membebel la, sebab aku pun tau lelaki ni bukan suke sangat dengar kita membebel kan, aku sendiri tak suke dengar orang bebel kat aku, jadinye aku cube elakkan la. Contohnya kan, encik suami kalau dah amik pakaian memang selalu terlupe nak tutup drawer, aku tau dia bukan sengaja, tapi kita kene tegur dari awal sebab nak mendidik kan. *rase cakap macam pakar motivasi wo bila caksp macam ni*. Aku takkan marah marah bile encik suami tak buat, mule mule aku tegur la, "abang suke tak tutup drawer" cakap sambil sengih sengih, supaya dia tau kita tak marah pun. Lepas tu kan sekarang kalau dia lupe aku pandang je dia sambil pandang sipi je kat drawer yang tak bertutup tu, encik suami dah paham dah, teros dia tutup, aku gelak jela kan, sebab rase kelakar. Lepastu aku boleh cakap yang aku pandang je *tapi sebenarnye memang pandangan penoh bermakna pun*. Dan kita mestilah saling tegor menegor kalau slah seorang buat silap kan. kadang lepas mandi encik suami lupe sidai tuala, aku tegorlah *eh, tuala nak tepek atas katil je ye* ayat macam sindir kan, tapi cakap sambil suke suke la, sambil cakap tu sambil sidaikan ataupun bile aku dah cakap macam tu encik suami teroslah sidai dan kadang kala aku pulak yang terlupe sidai tuala, memang kene balik la kan ayat sindir aku tadi *padan muke aku*. Sambil sengih sengih mintak encik suami tolong sidaikan. Dalam berumah tangga ni kite kene ade sifat ringan tulang dan tolong menolong antara satu sama lain barulah lebih bahagia.

Kesimpulannya kita kene pandai menguruskan emosi kita supaya tak memakan diri sendiri. Dan bile ade yang kita tak berpuas hati dengan pasangan kan, luahkan la, bila kita pendam tu yang jadi lebih parah. Lagi satu penat je marajok ni tau, sebab kadang kan korang perasan tak, kalau kita merajok memang macam syok sendiri, pasangan kita bukan tau pun. Lepas ni kalau nak merajok beritau dulu "saya merajok ni tau", barula dia tau kan :) Biarlah sensitif yang postif ye. Gunakan la perkataan yang baik sesama pasangan ye, janganla sampai mengeluarkan perkataan kesat ape lagi memukol, "isteri untuk dijaga, dibelai dan dimanja bukan untuk dikasari". Jika ade masalah bawaklah berbincang dengan pasangan ye.

Banyak manfaat kan bile aku tengok wanita hari ni, ade kata kata ni aku dapat dari tetamu jemputan, beliau pakar motivasi, tapi nama lupe pulak, tapi semue ni aku olah sendiri ikot cita rase aku. Tibe tibe rase macam doctor love, entry panjang gile pulak :)

psss.. hari ni first time nak cube buat tomyam dan dah rasmikan my new baby *over excited pulak*

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

6 comments:

  1. sweet la pic ' dari mata turun ke hati' tu...awin suka tgk...

    ReplyDelete
  2. cantik gmbar pkai kimono tu....ala2....merajuk yg positif pun ade ek..hehhehe...btul2..klau xpuas hati apa2 better lauahkan n cari penyelesaian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik mah :) merajuk positif tu ala ala manje gitu nak tambah kemesraan hee

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate