Alhamdulillah satu permulaan yang baik untuk tahun 2013 ni, bukan pasal kerje, masih belum dipanggil lagi. Mungkin belum rezeki lagi, atau next week dipanggil ke *penuh mengharap ni*, rase semangat gile nak keje ni.
Untuk berita baik hari ni ialah aku dah dapat baby baru, bukan baby yang keluar dari perot ye. jangan salah paham pulak, tu masih belom ade khabar berita, doakan okey untuk yang itu :) baby baru yang dimaksudkan ialah my new car. New kat situ bukan bermaksud kereta first hand tau. My new baby ni kereta second hand je pun, tapi aku sangat bersyukur, dan excited sangat tau. Thanks to my mama and babah sebab carikan kereta tu dan dah bayarkan penoh dulu. Aku kira berhutang dengan babah la ni. Di sebabkan tu la, aku nak cari kerje, boleh bayar bulan bulan kan :) Kereta aku tu kecik je, kondisinya masih baik walaupun second hand, memenuhi kriteria yang aku nak iaitu kecik dan auto*paling penting*. Termasuk yang ni dah tiga kali babah beli kereta second hand kat tempat tu. Aku tak ikot pun mase babah mama cari kereta, sebok isi borang untuk kerje, jadinye babah mama yang carikan, dan aku pun dah pesan kereta tu mestilah kecik dan auto, aku memang tak ingat dah nak bawak manual, dalam keadaan aku yang tak berape nak pro bawak kereta ni, elok sangat la bawak kereta auto je kan. Aku dah dapat lesen lame dah, lepas SPM lagi, tapi biaselah kan, penakot, tak bawak bawak la kereta, adik aku lagi terer bawak kereta dari aku ni. Aku setakat dekat dekat boleh la, mase praktikal tahun lepas aku bawak, sebab aku praktikal kat utm je, jadinye dekat la dengan rumah, yakin la nak bawak sendiri kan. Kereta ni beli untuk kemudahan aku, encik suami kan kerje, kalau dia kerje sampai malam memang aku terperap la dalam rumah, lagila bile tak ade kereta. Mama cakap bila ade kereta boleh la aku pergi pasar ke nak beli barang dapur dan boleh la sambil tu cari kerje kat area dekat dekat sini. Harapnye ade la keyakinan nak bawak kereta ni sebab dah ade kan :)
ni kunci keretanya
Kebetulan masa babah mama pergi hari selasa tu, kereta comel aku ni baru je sampai kedai tu. Babah pun cakap kriteria yang nak teros dia tunjuk kereta kancil tu. walaupun hanya kereta kancil, tapi enjin dia bagus sebab enjin viva, cara aku cakap ni macam aku tau sangat pasal kereta, padahal babah aku yang cakap, aku type balik je ni. Dan hargenye pun tak sampai RM20k. Kereta pun dah daftar atas nama aku, dah bayar habis semalam, tapi disebabkan kereta baru sampai kedai dia, jadinye dalam dalam tu dia nak bersihkan la dulu sebelum bagi aku. Ni pun abang tu yang hantarkan kereta sampai rumah tau. Aku sorang memang tak la nak pergi sana amik kereta ni kan. Korang doakan aku dapat kerje ye, boleh la bayar bulan bulan kat mama babah. Untuk kereta ni aku tak payah bayar full, sebab semue adik beradik aku memang dapat rm10k sorang untuk beli kereta, suke hati nak kereta macam mane, selebihnye tambah sendiri. kiaorang memang pakai kereta second hand je, jimat, kereta dapat, bayar bulan bulan je la nanti
ni la my new baby, orang kedai dah bersihkan, dalam pun dah bersih :)
Biarlah orang nak pakai kereta baru pun, aku tak kisah je kereta ape, asalkan boleh bawak, sebab ni untuk memudahkan aku kemana mana je. Kalau jalan jauh naik kerete encik suami je la kan boleh relax relax kat sebelah. Malam tadi aku dah cakap dengan encik suami nanti dapat kereta aku nak teros je bawak jalan jalan *perangai aku memang over excited macam ni*. Encik suami tak kisah je, dia suruh bawak hati hati dan siap pesan lagi jangan main masuk je nanti. That's why i love you encik suami :) perempuan memang suke dimanje kan auwww dah datang gedik kan. nak kene mandi ni, tadi berpeloh peloh masak ayam gajus. Nak sambut encik suami mestilah kene wangi wangi :)
Waahh! Best nye. Ok laa tu dear. Kite sbg pompuan pn kene jgk berdikari. At least kene pandai drive. Xde laa asik nk hrp husband je kn. Sian kt husband. Hehe.
ReplyDeletekan adibah.. tula, dija kalau nak harapkan dia dia pulak balik tak menentu memang tak beli barang rumah la :)
Deletewah, new baby si kecil ni upanya...cik awin pn pki kancil juga...mmg jimat minyak ulang alik g keje...jimat kos ;)
ReplyDeletetapi pas kawin, bakal suami akn pki kete cik awin...cik awin pki kete yg baru, tangki besar, duit minyak pun leh tahan nampaknya...bakal suami nak travel jauh hari2, perjalanan lebih kurang 1 jam...tu yg dia kena pki kete cik awin ;)
yeaaa sep2 baby kita same hehe tapi cik awin dah nak upgrade kete lain.. takpe bile dah kawin sharing is caring kan :) ur hubby nanti lebih memerlukan and boleh reduce cost kat situ :)
Deletedh upgrade pn sebenarnya...ce baca kisah ni
Deletehttp://sepisorangperindu.blogspot.com/2012/12/si-putih-tercalar
sementara ni awin pki kete kancil ni dulu, jimat minyak, senang nk park kat memane....malas bwk kete besar...hehehhe
bestnye dah upgrade.. cik awin dija try bukak link cik awin bagi nak bace tak boleh pulak
Deletex boleh baca? ce tgk kat post2 awin tu...boleh baca x ...
Deleteawin, dija dah bace dah :) kesian kete baru dah calar, jadinye sekarang awin yang bawak kete baru la ye? bestlah dah upgrade besar sikit, senang nanti dah ade anak anak #eh tak sabar hee
Deletesetuju...biarlah kereta lama pun yg penting okay n boleh ke mana-mana..hehehhe
ReplyDeletekan :) ari ni nak bawak baby jalan jalan la, kang tak bergerak langsung susah jugak, tu lagi bahaya dan mudah rosak je nanti :)
Deletebest nya!
ReplyDelete=)
dah ada kete sndri, lagi senang nak uruskan rumah tangga, tak perlu tggu suami je kan..=)
nak beli barang dapur sendiri pun senang, bila en suami cuti je la boleh jejalan sesama baru la encik suami bawak :)
DeleteWah...beshnye dapat kereta.Hehe.Setuju2.Kereta = Baby. :) Pasni boleh bawak sha jenjalan.
ReplyDeleteDija...nak tny pasal muffin boleh?Sekali dengan kotak taw.Hehe.Semangat ni nak bg muffin jgk.Nanti dija email sha boleh? smileyshee@gmail.com. Tq dija. :)
boleh2 sha kene ade kat area skudai boleh la jejalan, jauh2 tak berape berani..hee okey2 nanti dija email sha okey, sori sangat lambat reply :)
DeleteYeayness.Thanx dija.Xpe2.Sha tunggu email dija.Thanx a lot taw. :)
Delete