Hai korang, selamat berhujung minggu semue. Tibe tibe kan rase pulak nak share my wish list, kat sidebar blog ni pun aku dah letak jugak wish list. Untuk yang dah tande tu kire dah dapat la kan, yang belum tu masih belom rezeki nak dapat kan, nak kene usaha dapatkan ataupun usaha memujuk supaya orang bagi kan :p Tapi kalau tak dapat tahun ni mungkin rezeki tahun depan ke kan. Wish list yang pertama ialah kahwin. Kahwin dah, kire langsai la keinginan pertama tu kan. anak? belum lagi ade khabar berite, kene berusaha keras lagi ni, doakan kami ye. Kereta baru je dapat hari tu, my new baby boleh klik link [sini]. Tiga bawah lagi tu masih belum lagi ade khabar berita la kan, kalau ade mestilah serte merta terus tickkan. :)
Untuk wish yang terakhir tu kan aku nak ipad/tab/note kan tapi aku dah upgrade yang baru lah, rase nak bende lain pulak, dan aku dah tambah wish list aku ade yang ketujuh pulak tau. Esok luse tak tau la kalau ade bende lain pulak yang aku nak kan, suke hati aku la nak ape kan, tertunai atau tidak tu pun tak taulah kan, ade rezeki lebih ade la kan, jom tengok penambahan dalam wishlist aku tu:
Tetibe rase tak jadi yang ipad/tab/note rase nak iphone5. Sila salah kan encik suami, dia yang bawak aku pergi courts Mammoth hari isnin baru ni,. Tujuannya nak tengok bende lain kan, alang alang saje la cuci mata sekali kan, tertengok pulak iphone5, pegang pegang, teros jatuh cinta. Lepastu dengan tak malunye aku mintak encik suami belikan untuk hadiah birthday aku tau. Buat ape nak malu dengan suami sendiri kan, lagipun mesti dia pun pening tak tau nak belikan aku hadiah ape untuk birthday kali ni, kire aku dah bagi idea la kan. iphone 5 please come to mama, owh pengsan @_@ Belum dapat boleh berangan je la kan, sementara nak tunggu birthday bulan 4 ni kan. Eh kenape la aku tak lahir bulan 2 kan, kalau tak mesti dapat awalkan dah boleh dapat bulan depan haha suka suki je kan.
encik suami nanti belikan yang warna hitam macam ni tau *ucapan untuk encik suami yang sedang bace blog ni*
aku lebih suke colour hitam, pada aku putih memang cantik, tapi warna putih cepat bosan, mule mule je nampak cantik lepastu bosan dah *suke hati kau la jah, macam dapat kan*
Untuk penambahan wish list yang ketujuh aku nak samsung galaxy camera. Aku yang jakun ni baru tau semalam tu pun sebab aku tertengok iklan kat TV, kalau tak memang aku tak menahu la adenye camera canggih macam ni, buta teknologi betol. Bile encik suami balik je dari kerje semalam terosla aku cerite kan keterujaan aku pada camera samsung galaxy ni. Aku pun cakap la best ni, kita boleh upload gambar teros, tak payah la nak amik gambar pakai handphone lagi, handphone encik suami pun tak la penoh dengan gambar aku jekan. Lagipun kalau pakai camera rajin sikit nak transfer gambar kat laptop, kalau pakai handphone ni berkurun la tersimpan je dalam handphone, tunggu sampai memory full baru terhegeh hegeh nak transfer kat laptopkan. Biasalah taktik nak pujuk, macam macam ayat manis yang best la keluar dari mulut. Encik suami boleh cakap mesti aku baru tau pasal camera tukan, tau tak sebelum ni yang nikon tu pun dah keluarkan camera macam tu. Iklan dah beberape hari mesti aku baru tengokkan. Memang pun aku tak tau nikon pun dah keluar camera canggih macam tu, kesian kan. Encik suami pun sebelum ni tak cerite pun dengan aku wujudnye camera canggih macam ni, bende best macam ni kene la beritau aku, boleh la aku teruje lebih lebih nak dapatkan bende ni hehe Aku tak kire, aku nak jugak. Encik suami cakap semuenye nak iphone5 nak camera nak. Iphone 5 aku salahkan encik suami sebab bawak aku pergi courts hehe Yang camera ni salah tv la sape suruh dia keluarkan iklan kat tv buat aku teruje lebih nak. Kalau tak dapat untuk aku, kongsi dengan encik suami pun jadilakan, tapi nak bagi hadiah untuk encik suami, birthday encik suami lambat lagi la, bulan 7, aku dah tak sabar dah nak camera ni. Aku memang macam tu selagi tak dapat bende bende ni perasaan ni membuak buak nak, bile dah dapat tak ade la excited mane kan hehe tapi kali ni excited la sebab camera bile jalan jalan dengan encik suami boleh bawakkan
ade dua colour, aku nak yang putih!! amboi teruje lebih kan. Yang ni aku nak colour putih pulak, sebab camera tak selalu tengok kan haha macam macam la aku ni kan.
Ha, hari ni angah pulak pengaruhi aku bile aku cerita pasal samsung galaxy camera ni tau, dia cakap dari aku beli yang ni lebih baik beli samsung NX1000, dah la ade colour pink pulak, serius comel gile, aku baru tau, memang sangat buta teknologikan. Ni pun kategori smartcamera, dia ade wifi jugak, tapi megapixel dia lebih besar dari samsung galaxy camera tu. Boleh upload terus jugak kat facebook, twitter dan sebagainya. Untuk function lain aku pun tak berape tau, aku bukan tau sangat pasal camera ni, asal gambar cantik je kire okey dah untuk aku, lepastu boleh pulak upload teros guna facebook, twitter lagi la aku double suke. Aku rase harge samsung galaxy camera dengan samsung NX1000 ni lebih kurang kot. Tapi untuk yang ni yang paling best sebab dia ade colour pink. Pink sangat comel la argghh stress tengok bende bende comel ni, nak jugak dapatkan.
psss korang tergoda tak tengok camera camera ni? argghhh serius aku tergoda ni, kalau mengidam la kan tak dapat mau air liur meleleh keluar ni. Ni kalau mengidam la aku tak mengidam pun, mengada lebih haha
amboi ...demand ye.... ;)
ReplyDeletedijah, leh tlg ajar camne nk buat wishlist kat blog?
Deletehaha kan semue nak yang canggih2, gunenye bukan reti sangat..hee boleh2 nanti dija ajar cam ne ye nak buat wishlist kat sebelah tu ye..:)
Deletewishlist linda nk kawin..muahaha. Tapi lambatnye bulan 6.huhu..eh, linda pun suke sgt dgn samsung galaxy camera tu. cun!
ReplyDeletehehe pejam celik pejam celik mesti dah tak perasan dah bulan 6 tau, kahwin tuk dija dah terlaksana dah hehe memang cun semalam dija dapat pegang geram je nak bawak balik..hee tapi sekarang samsung NX1000 di hati hee
Deletebestkan ade kamera canggih2 tp xla bsar sngt..snng nk bawa kemana-mana... :)
ReplyDeletekan, kalau dslr tu besar+berat, leceh jugak nanti, ni pun dah cukup best kalau dapat, sebab tak pernah merase ade camera lagi, kesian kat diri sendiri hehe
Deletebesttttnyee wish listtt...samsung galaxy camera tu mmg cun abis kan dija...heeee
ReplyDeletekan teha.. rase geram je, dah la jakun tengok iklan siap tengok youtube nak puaskan hati, tapi sekarang lebih pada nak NX1000 sebab function dia lagi best dan boleh upload teros ke fb gak hee
Deletehaha.. xpela dija.. memula kita mengada dlu.. lelama nnt mengidam la plak.. lg la super-duper mengada ms tuh.. hahaha.. org mmg minat sesangat ngan samsung galaxy camera tuh.. hadoiii.. bile la nk dpt.. muehehehe
ReplyDeletetula aizu kalau mengidam nanti tak tau la tahap mengada dia lebih lagi macam mane..hehe waaa ramai jugak dah jatuh cinta dengan samsung galaxy camera ni kan, mari kita sesame berangan dulu je la..hehe
Delete