~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, January 25, 2013

Oh My Pink Day

Sangat tak best bile encik suami kerje shift malam, tapi hari ni ade la yang bestnye. Best sebab pagi tadi dapatla shopping kan. Thanks encik suami yang memang rajin melayan :) Disebabkan hari ni mama dan babah ade kat rumah makanya tak perlulah aku nak balik rumah mak mertua, kalau tak tiap kali encik suami kerje shift malam mesti dia hantar balik rumah mak, dia risaukan aku duduk sorang. haha sebenarnye aku yang penakot nak tido sorang kan. 

Malam ni akan diisi dengan mengedit empat photobook yang aku dah order semalam. Kalau korang pun teruje nak jugak berphotobook, boleh la tengok kat entry sebelum ni (click). boleh la order sebelum deals tu ditutup ya. Tarikh untuk redeem start awal bulan dua, tapi aku ni kan memang semangat berkobar kan, saje nak siapkan cepat cepat mengedit ni, tengah semangat baik buat teros. Nanti kalau bertangguh memang tak siapla kan. Bila kita beli dari dua peniaga yang berbeza *sebelum ni aku dah pernah beli photobook unuk digunakan sebagai guestbook* software yang digunakan berbeza jugak la. Pada aku software yang digunakan oleh myphotobook untuk edit photobook lebih mudah dari photobookmart ni. Aku tak jumpe pulak macam mane cara nak crop picture, kalau software myphotobook ade yang untuk crop picture. Tapi kan dalam rase susah susah tu dah dua photobook berjaya disiapkan mengikot cita rasa sendiri. Ni nak masuk photobook yang ketiga *semangat gile hokey, tepukan gemuruh untuk diri sendiri*

Sebenarnye bukan nak cerita pasal photobook. Tapi seperti biase kalau mukadimah tak panjang maka tak sahla entry aku kan. Hari ni ialah hari pink untuk diri ku. Kadang kita rase hari ni hari cantik untuk diri, hari malas *tu memang selalu la untuk aku*. Kenape hari ni aku mengikstiharkan sebagai hari pink untuk aku kerana hari ni aku memakai baju berwarna pink dan mendapatkan semue barangan pink yang memang super duper comel+cantik+segala gala kata yang best la. kalau bawak pergi baskin robin pada hari rabu berscoope  scoope aiskrim la dapat free kan? salah hari pulakkan :)

Dalam entry ohmypinkspec sebelum ni aku ade cakap yang aku nak sangat sandal pink dari Fabriano Rico. Tahap nak sangat yang memang tak boleh tunggu dah kalau ikotkan tahap keinginan aku tu. Makanya encik suami pun merealisasikan keinginan aku yang membuak buak nak sandal tersebut dengan membawa aku ke sutera mall. Dan kali ni aku bernasib baik sebab masih lagi ade size 36 ya. Keadaan yang paling tak best bile kita dah nak sangat kasut tu tapi tak ade sizekan, rase macam arggghhh sakitnye hati kan. Dan kali ni memang aku bertuah, owner Fabriano Rico tu yang bertuah sebab aku yang mengeluarkan duit beli sandal dia kan. 

Mempersembahkan oh my pink stuff yang pertama iaitu sandal pink dari fabriano rico *ntah hape hape la ayat*

Cantikkan kan? Aku sangat teruje hokey. Colour fuschia sebenarnye, fushia dengan pink lebih kurang je kan, cuma colour lebih terang. Aku suke sandal ni sebab senang nak pakai, sarung je teros. Sebenarnye aku memang kene beli sandal je sebab kaki aku sangat tak sesuai pakai flat shoes, very the sensitif, sampai melecet lecet la tiap kali pakai. Memang aku teringin nak flat shoes yang comel comel tu, tapi apekan daya, aku lebih sayang kaki aku kan. Beli je la sandal pun okeykan, next week nak berjalan jalan makan angin aka honeymoon kali kedua, jadinye tu la salah satu sebab aku beli sandal baru, untuk keselesaan bile berjalan nanti. *hoyeah penoh semangat nak jalan, tak packing barang je lagi*

Oh my pink day lebih bermakna lagi bila encik suami menghadiahkan jam tangan baby g colour pink/fushia. Aku memang nak sangat jam, sebab susah bile keluar tak ade jam ni, tak tau mase dah pukul berape kan. Dah macam macam brand yang aku tengok tapi pilihan hati dan mata sememangnya yang berwarna pink tapi akhirnya baby g yang berjaya menggoda akula. Ade tiga brand yang menjadi pilihan hati iaitu guess, Elle dan baby g (casio) ni. Tapi hari tu tunjuk encik suami yang guess dia macam tak berkenan je,harge lebih kurang baby g jugak. Tapi disebabkan aku tak sampai hati nak mintak yang mahal mahal kononnya la kan, aku pun nak memilih jam dari elle je. Sebab ranking harga jam elle pun dari 100 ke 200++ je. Untuk yang elle pun yang menjadi pilihan hati semue colour pink. Tapi design semue tak kene la. Ade yang dia cakap tali senang tercabut la, ade yang dia syorkan tapi aku pulak yang tak berkenan sebab rase jam tu besar sangat dari tangan aku. Dah 3-4 jam promoter tu keluarkan jam. Bila aku berjalan jalan tengok ade pulak jam casio (baby g) warna pink bentuk dia petak, memang sangat comel la. Walaupun aku tak suke jam tak bernombor, tapi jam tu lengkap dengan digital clock, tarikh dan hari, rase sangat memudahkan la. Tapi harge pulak rm300++. Encik suami suruh aku buat pilihan nak yang Elle ke nak yang baby g, aku kononnya cakap tak ape biar encik suami buat pilihan tapi dalam hati mengharap encik suami pilih yang baby g tu *gedikkan*. Tunggu encik suami buat keputusan lambat sangat akhirnya baik teros terang cakap kita nak jam mana kan, kan semue jadi lagi mudah. Terima kasih untuk en suami. Rase bulan depan nak hadiahkan encik suami jam jugak la :)
mempersembahkan jam tanganku

tadi encik suami yang tido pakai jam pink, aku suruh encik suami pakai pergi kerje malam ni haha tak la kan

yang ketiga ni bukan berwarna pink ya, warna purple lembut. Tapi aku sangat memerlukannya, jadinya masok je careffour encik suami suruh pilih. Teros je beli. Barang yang dibeli ialah hair dryer. Bila bertudung ni kalau rambut basah ke kan tak kan la nak keluar rumah dengan rambut basah basah sarung tudung pulak kan, makanya hair dryer sangat lah penting. Aku beli yang murah je, brand philip yang berharga rm80++ boleh bawak travel sebab comel :)



hair dryer comel boleh disimpan dalam beg untuk travel. Beg memang dia dah bagi sekali ya. Balik je rumah mama cakap dalam bilik ade je dua lagi hair dryer, tak pakai pun. Tapi dah lame la, aku try hidop je lagi. yang penting aku punye tetap lagi comel *ayat sedapkan hati, sebab rase macam diri dah membazirkan duit encik suami*

Disebabkan banyak duit encik suami dah berhabis untuk aku hari ni, makanya akupun belanje la encik suami makan subway. kene puji dengan pekerja subway, dia cakap cantik akak hari ni semue colour pink. Tersengih sengih malu la bile dipuji sebegitu sampai nak sebut makan ape pun malula konon haha padahla orang tu nak suruh aku beli makanan dia lebih ar tu :p

motif posing nak tunjuk jam yang dah dibeli teros nak pakai, macam budak budak punye perangai

muke nampak hitam argghh

encik suami yang comel, thanks sebab hadiahkan semue ni :) baju yang encik suami pakai, baju hantaran masa kahwin haritu. Love you so much


shopping hadiah untuk orang kahwin sabtu dan ahad ni. adil okey, semue hadiah same je. Sabtu ahad  ni kenyang makan kenduri la.

Encik suami cakap malam ni mesti aku tido pakai jam. aku kan memang excited kalau dapat barang baru, kalau boleh dengan sandal sandal aku nak bawak tido. *euww tolonglah*


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

10 comments:

  1. amboi memang betul2 minat pink ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup pink..hehe dulu tak minat sangat mase sekolah dulu, start masuk u terase pink tu comel..hehe

      Delete
  2. hehe...minat pink ke..cantik kasut tu dja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah suke sangat sebab comel la, lynda suke pink gak ye, tunang pakai pink :) kasut tu cantik sebab tu aritu tengok terjatuh cinta, tapi tak beli teros, balik asik teringat ingat je, tu datang beli pulak..hehe

      Delete
  3. hamboiii sume pink dija niiii..jeles la ni..tappiii jam baby g tuuuu santek sgttt....nice choiceee..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. santek2.. teha beli buat hantaran dear.. dija terlepas jam hari tu..hehe kalau tak boleh letak dalam dulang hantaran je..:)

      Delete
  4. hahahaha. minat pink tu 1haL La kan..
    tp smpai hubby pon ikot pink jugak. kene pakse ke ap nih?
    hehehehe.comeL giLEr! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hubby tu dia layankan je, semalam pun duk cari baju pink tuk dia, baru matching gituw bile gi jalan jalan kan..gedik haha dia pun layan je :p

      Delete
  5. Hamboiii.. dr spek sampai jam.. smue pink! ;)

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate