Alhamdulillah permulaan yang baik untuk tahun 2013,semalam dah hantar borang untuk permohonan kerje, kerje ape? tunggu dah dapat baru boleh cite la.. harap sangat berjaya,semangat ni nak bekerje hoyeahh
Tutup cite dulu pasal kerje ni, bila dah dapat baru bukak cite semule, sebab hari ni nak cite pasal bende lain. Sambil jari menaip, mata memandang skrin tv, layan cite korea pulak. Dah lame kot tinggalkan zaman tengok cite korea ni, mase diploma rajin la tengok, tapi bile cite episod jarang sangat la aku dapat habiskan tengok full episod. Ni pulak tengok sambil online, korang rase aku tengok betol2 ke? kalau setakat dengar je kan, memang aku tak paham la orang korea ni cakap ape, mata curi curi bace subtitle ni. Rase nak beli DVD best best la, boleh menonton dengan encik suami bile dia balik kerje, tapi tak nak la tengok cite yang series ni, panjang sangat. Encik suami suruh download boboiboy pun tak download lagi, pastu nak suruh copy ke dvd boleh tengok nanti same same. Encik suami suke sangat tengok boboiboy sampai aku kat sebelah pun tak dihiraukan, pastu ketawa terkekeh kekeh, lagi excited dari tengok maharaja lawak tu, comel je tau.
Berbalik ke tajuk utama. tapi cite ni dah basi pun, cite tahun lepas kot,sangat outdated betol, kejar nak abiskan review kahwin tu yang tak sempat update kononnya. Bile cakap pasal tahun lepas, macam dah lame sangat kan. eleh padahal baru minggu lepas pun, basi je, tak sampai tahap berulat lagikan.
Disebabkan cuti encik suami yang panjang, balik dari honeymoon *yang dah cite kat sini dan sini* sambung cuti kat johor pulak. Encik suami mane boleh duduk diam kat rumah, bile cuti je mesti nak keluarkan, aku yang memang tak boleh kene tinggal ni, haruslah nak ikotkan. *yelatu, sebenarnye idea jalan johor ni pun aku yang ajak, encik suami yang nak ikot, nasib baik jumaat tu dia cuti*. percutian kat johor la sangat kan, padahal pergi legoland je pun.
Dalam kete sempat lagi posing, encik suami sekarang layankan je aku yang suke bergambar ni tau
Termasuk hari jumaat lepas, Aku dah pergi legoland 3 kali dah, tiga tiga kali bersama encik suami, tapi ni kire first time la pergi lepas kahwin. Hamboi, hamboi, seronok sangat ke legoland tu? sampai tak cukup sekali, nak pergi sampai tiga kali? untuk jawapan yang jujur, tak ade la best mana pun. *ha, mula la rakyat jelata johor mengamok bile aku cakap macam ni*. Relax la, aku pun dah lame menetap kat johor dan encik suami pun orang johor, tapi bila nak bagi pandangan biarlah jujurkan, kalau tak seronok cakap je tak seronok. Pada aku bukan la tak seronok sampai tak sarankan korang pergi, siapa yang memang pasang niat nak pergi, teruskan la, siapa tak nak pergi pun tak rugi. kalau korang memang nak pergi sangat dan memang duduk johor dan yakin boleh pergi berkali kali, beli lah annual pass macam kami, kalau ade annual pass sangat la berbaloi, setahun korang boleh masuk berkali kali, sehari kalau nak masuk keluar pastu masuk sekali lagi pun boleh tapi pastu jangan tak keluar keluar pulak dah la, memang kene halau jugak dengan pekerje legoland la kan. untuk annual pass hargenye rm175. Mase aku dengan encik suami beli awal awal lagi murah gile tau, lebih kurang harge pass masuk sehari sekarang je kot, berbaloi kan?
ramai gile orang kat belakang belakang tu
dengan adik aku
gambar keluarga, orang legoland yang amik kan
Kalo beli untuk sehari pun harge dah rm140++, kalau time korang pergi kene ramai gile orang, nak beratur untuk 1 permainan 1 jam, mestilah mase tu rase tak berbaloi. Macam aku pergi hari jumaat lepas, ramai gile pulak, ingat dah nak naik cuti tak ramai orang, tapi aku pergi bukan nak main pun, jadinye tak kisah la, bagi peluang orang lain beratur, tak payah nak berebut. Aku bawak anak sedara aku, disebabkan dia bawah 3 tahun, jadinye dia free je, setakat budak umur 3 tahun boleh main ape je la kan, main taman je la, kelas ko jah main taman sampai bawak ke legoland kan heee
comel gile, legoland same tinggi ngan anje :)
ni sape yang excited main taman, makcik makcik yang lobih ni
muke tak ade perasaan mak cik driver lori
bukan main suke encik suami kan, kesian anje muke separuh, salah pa yang amik :)
Ditambah pulak dengan cuaca panas kan, beratur dah penat2 ni, panas lagi, confirmlah haus kan, harga air kalo air botol yang ice lemon tea tu rm5 kalo ice blended rm10? Mahal gile kan, kitaorang mase 1 st time datang je terbeli pastu datang seterusnye tak beli, kalau nak makan boleh makan kfc kat luar je *aku memang kedekot kalau dah tau harge bende murah, tapi jual mahal kan*. tak patut la charge mahal sangat, masuk dah bayar mahal kan, minum makan biarlah berpatutan, kan nak orang Malaysia datang ke target diaorang orang luar Malaysia, tak tau la pulak. Pernah aku bace orang cakap ala USS pun mahal jugak, untuk rakuat Malaysia memang la kita rasa mahal, tapi untuk orang Singapore pada dia harga biase je, harge memang cam tu dan gaji diaorang pun dua kali ganda kita.
Dekat legoland pun ade 4D, tapi 4D dia bosan gile, tak tau la kalau pada kanak kanak tak bosan, cite tak ade suara agaknye tu yang bosan, ade 3 cite, tiga tiga aku dah pernah tengok memang kalau banding 4D USS lagi best la. *ni pandangan je, maknenye dia orang boleh improve lagi, biarlah ape yang kita bayar tu setimpal dengan service yang diberi.
Kesimpulannya aku tetap pergi banyak kali, dah ade annual pass kan, tak lame lagi water park nak siap, mungkin lagi best kot, dan harge jangan la buat tambahan lagi bila dah ade waterpark. Dan aku nak sangat pergi Hello Kitty town.tapi kalau pergi berdua sape nak amikkan gambar pulak nanti, tak best la kan. Hari tu cuma pergi kedai yang jual barang hello kitty dengan ade lagi cartoon character yang lain, masok kedai macam tu pun aku dah excited terlebih, belum lagi masuk hello kitty town tu lagi.
Balik tu encik suami pergi solat jumaat kat masjid dia hantar kitaorang kat jusco bukit indah
penuh handphone encik suami dengan gambar syok sendiri aku :)
Dah dah, nak fokus tengok cite korea ni, berita sedih minggu ni encik suami tak cuti, tapi isnin akan datang dengan ahad depan dia cuti, boleh la jalan jalan :)
hati ni sbnrnya mmg teringinnnnn sgt2 nk p legoland sbb mmg nmpk fun giler kan tempat tu
ReplyDeletekena plan baik2 dgn family nnt.takpun p dgn bakal suami pas kahwin nnt kan :D
pergi pas kahwin kan mesti lagi best dear.. tunggu waterpark siap boleh bermandi mande ajak semue 1 family *macam promoter legoland dah hehe
Deletekita dok johor tp x g lagi legoland... pinjam annual pass boleh? haha
ReplyDeletehehe boleh2, tapi annual pass tu ade gambar..:) dia takot kita bagi semue sedara mara pakai nanti hee
Deletecute...baju adik bradik pun dh mcm warna legolang...meriah n colorfull..
ReplyDeletekitaorang memng suke warna yang meriah ni, konon ceria la tu..hee tu la dah macam warne legoland kan :)
Delete