~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, January 23, 2013

Oh My Pink Spec

Kononya hari rabu wordless la kan, tapi nak jugak update entry sampai dua kan. Aku saje nak share keterujaan aku berjaya mendapatkan spec pink yang comel #Oh my pink spec. Aku memang mule mule dapat ni very the over excited tau. amik gambar, post kat insta sebab nak tag adik, dia yang pesan suh tag dia, sambil tu tau dia jeles sebab aku dapat pink spec. Sebelum ni aku bercadang nak beli spec yang colour putih, adik pun mengikot je la kan, dia dah terbeli la yang putih. Tup tap tup tap bile jalan dengan angah, terjumpe pulak spec pink yang comel, ape lagi teros la nakkan, angah aku pun beli spec pink jugak. Ketahuilah korang keluarga aku memang semue berkaca mata ye, babah, mama, along, angah adik dan encik suami pun berkaca mata okey. Waris waris aku nanti agak agaknye rabun jugak ke nanti?

sempat lagi posing kat kedai, dapat je spec, tak buang mase teros snap picture kat cermin kedai #ohmypinkspec

ni gambar mase gi jusco, sambil mama shopping2, dapat gaji la katekan, makenye aku pun sempat la snap picture, dua dua gambar dari insta aku

Bukan korang je yang dapat gaji tau, suri rumah pun masuk gaji jugak hari ni, sebab tu la aku gi amik my pinky spec ni. Dah tempah hari sabtu baru ni, isnin lagi dah siap, tapi disebabkan gaji tak masuk lagi, hari ni baru aku amik tau. Tak kisah la kan, janji aku bayar kan. Bila dah dapat gaji ni mule la teringat barangan barangan yang aku dah aim tau. Ni semue salah encik suami bawak aku jalan jalan hari ahad lepas, nampak pulak sandal pink yang memang cantik gile la. Nak je beli teros, tapi gaji pulak tak masuk lagi kan.Sampai sekarang aku masih lagi teringat ingat sandal tu. Ade selipar pink tu pun aku berkenan jugak, dua dua dari Fabriano Rico, tapi rasenye selipar aku nak beli colour turquoise la. Cantik jugak kan. Takkan la dua dua nak beli colour pink pulakkan. Harga pulak memang berpatutan sangat la. Tapi kalau dapat sandal pink tu je pun dah cukup best dah ni arghhh bile nak gi beli ni. Kene tunggu hari sabtu la baru encik suami cuti haish Alasan nak beli kononnya senang nak jalan jalan next week. Next week kami nak pergi bercuti lagi, destinasi ke mane ye? shhhhh rahsia dulu ye :)

Aku suke kata kata dari ustaz azhar idrus:

Tak boleh nak marah orang perempuan (isteri) ni.. Perempuan? Dia memang suka main, suka joli, suka belanja, suka berjalan, suka bercakap, suka makan angin. Sebab tu, bila kita jawab nikah, kita kena ingat benda ni ; "Aku terima-lah nikahnya dengan mas kahwin dengan tersebut itu.." Hah, jangan suke sangat. "Maknanya aku bersetuju-lah nikah dengan seorang manusia yang akan berbelanja parok (banyak) duit aku nanti, yang dia akan berjanji sesuatu tetapi palsu. Maknanya.. Yang akan suruh aku beli macam-macam, 'janji taknak beli lagi. Tapi, nanti beli jugak balik'.. yang akan peningkan kepala aku." Jadi kita sebagai suami terimalah.. Itu-lah isteri namanya. Jangan marah kat dia. Jasa dia besar. Dia lahirkan anak kita. Dia bergadai nyawa beranak, dia bergadai nyawa mengandungkan anak, dia besarkan anak. :')

Amboi kaum isteri semue mesti suke je kan bile ustaz azhar idrus cakap macam ni, kaum suami jugak yang pening kepala kan. Eh, tapi kalau perempuan berkelakuan macam kat atas ni korang kategori normal la tau. Ha, aku pun tergolong jugak dalam kategori normal! *bangga* hehe Sebab aku bulan lepas dah beli baju lepastu cakap dengan encik suami bulan depan tak beli kot. kot la kot. Nampak ayat kat belakang macam tu memang tak janji la kan.

Okla korang, kejap lagi encik suami balik kerje. Malam ni aku nak makan dominos pizza, dah lame teringin ni woo, perot lapar dah ni padahal tengah hari makan nasi jugak. Jom sambil tu layan setia hujung nyawa.

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. I love pink too..! dok umah baru ni, sume barang beli kaler pink. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnye zura, hias rumah dengan warna pink, nak jugak..hehe

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate