~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, January 24, 2013

Photobook Promotion

Okey dari hari tu lagi cari photobook ade tak buat promotion untuk awal tahun 2013 ni. Disebabkan aku nak jimat cost kan, tak ade la amik photographer yang berbayar mahal mahal tu kan. Untuk majlis hari tu dari akad nikah sampai la majlis bertandang semue photographer sendirian berhad, mintak cousin amikkan gambar dengan staff babah tolong amikkan gambar mase majlis. Sama juga majlis bertandang kat rumah encik suami, anak sedara encik suami yang amikkan gambar. Bila photographer tak berbayar ni, makanya kita cuma dapat salinan dalam bentuk CD ataupun transfer teros kat dalam laptop sendiri malam hari kejadiaan je la *korang jangan pula nak demand mintak orang tu printkan gambar pulak, memang dia teros delete semue gambar tu je la, sebab sakit hati kan *. Tapi yang bagusnye bila tak berbayar mintak orang yang kenal atau keluarga terdekat amikkan gambar selain dari jimat cost, gambar pun boleh dapat teros pulak, malam tu korang nak teros pun boleh. Gambar gambar tu pun tak payah edit beriye, sebab gambar gambar yang dah diambil tu sememangnye sudah sedia cantik *wah, ayat bangga pulak*. Sangat berterima kasih kepada my MUA, iaitu my sister sebab menjadikan diriku cantik pada hari hari kejadian, dan dalam gambar pun nampak cantik, tu dah tak payah nak edit dah tu. Sangat berterima kasih pada semue photographer yang tak berbayar tu, tanpa diaorang pun gambar tu tak la cantik mana :) Untuk outdoor pun mulenye ingat nak bayar kat kawan aku yang amikkan gambar, disebakan gambar yang diambil pun tak banyak, dia bagi free je. Alhamdulillah rezeki kan, nak kene belanje semue orang tu, tapi tak tau la bile kan tak berkesempatan lagi.

Untuk gambar yang dalam frame yang aku letak kat bilik tu pun print sendiri je, guna printer encik suami, nak print banyak lagi tapi tersangat lah malas, padahal tak susah mane pun kan, tekan je print kan. Sebab aku rase malas sangat kan, aku nak juga photobook. Nak semue gambar dalam photobook. kalau print gambar kan lepastu nak kene susun dalam album pulakkan *alasan nak photobook kan*. Disebabkan tu la aku sangat menanti mane mana promosi dari peniaga peniaga photobook ni. Nampak tak kedekot disitu, nak beli photobook pun nak tunggu yang ade promosi dan diskaun. Yela buat ape kita beli yang mahal kalau kita menunggu tak lame pun tapi dapat harga yang jauh lagi murah kan. Kadang pulak ade harge satu tu kan sebenarnye bile promosi macam ni boleh tambah sikit je duit dapat sampai empat kan bila tak promosi dapat satu je, kan jauh tu.

*gambar print sendiri*

Akhirnya, penantian kami membuahkan hasil *peh ayat*. Semalam groupon dah ade promosi untuk photobook. Sebelum ni diyana ade juga buat entry untuk  photobook promosi tu, tapi bila tengok page dia untuk landscape yang aku nak tu cuma 32 page je. Maka kami padamkanlah niat untuk beli, masih setia nak tunggu dengan sabar. 

Untuk promotion kali ni yang dibuat oleh photobookmart memang memenuhi segala kehendak, ade medium size landscape yang aku nak, 40 pages hanya dengan harga rm55. Gila kan kalau tak harge satu photobook tu pun rm195. Ape lagi, dah tak payah fikir panjang kan, teros aku beli empat, bukan satu tapi empat. Harga asal tu dapat satu, tapi bile offer tambah sikit je harga asal aku boleh dapat empat. Beli sampai empat photobook tu untuk akad nikah, resepsi, outdoor, majlis bertandang. Aku tengah berkobar ni, lepas je update entry ni teros aku nak edit gambar, software pun dah install ni.

Korang pun jangan lepaskan peluang, jom ramai ramai beli photobook ni. Deals masih bukak lagi ni. Dan tarikh redemption tu panjang lagi, sampai bulan august tau. Jadi korang yang nak kahwin bulan terdekat ni, yang tak pakai photographer ataupun yang pakai photographer tapi nak buat photobook untuk honeymoon ke nanti kan, jangan lepaskan peluang ya. Peh diaorang tak bayar aku pun buat promosi ni, tapi sebab bende best, saje nak share.

Ha, lagi satu, kalau korang yang kahwin lambat lagi, tapi teringin nak buat guestbook tapi masih tak ade idea nak buat guestbook macam mana kan? aku cadangkan korang beli la photobook ni jadikan sebagai guestbook. Mesti korang bercadang nak amik gambar prewedding kan, lepastu edit la gambar prewedding tu dalam photobook ni, transparent kan gambar agar senang orang nak bagi ucapan kat guestbook tu. Ni la contoh guestbook aku, best kan, gambar pun ade, ucapan dari tetamu pun kita simpan *puji geestbook sendiri*. Memang kita akan simpan sebagai kenangan sampai bila bila la kan bile ade gambar kita. *aku rase aku boleh la apply position bahagian marketing kat photobookmart tu, haha*. Untuk guestbook haritu pun aku beli mase ade promosi macam ni jugak, size medium landscape, 40 pages, harga rm50++ jugak kot. Untuk offer yang photobook sebelum ni dah selamat dijadikan guestbook tu dari Myphotobook.



ok kalau korang terpedaya jugak nak beli photobook offer by Photobookmart boleh click gambar kat bawah ni

coupon from Photobookmart Shopping

Selamat shopping you all. Next week nak pergi jalan lagi, honeymoon lagi ke?  *auww gedik*. boleh la amik gambar banyak banyak kan, mane tau nak buat photobook untuk honeymoon pulakkan. Da dah nak siapkan edit ni, ade empat photobook nak kene edit ni :)


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

10 comments:

  1. wah bagusnya memang cutcost kan. tp mcm i ni malas sume nk dh siap haha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ade duit tak ape dear.. tapi leceh gak ni.. nak kene pilih gambar terbaik, nak kene edit pulak, memang makan masa la..hehe

      Delete
  2. Sama lar sy dulu. photographer by abang n photobook by myself hehe.

    skang pn ngah cari Promo Photobook utk pic baby plak.
    ada lagi ke kat groupon tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dear, jimat cost kan..hehe tapi nak edit sampai empat, nak pilih gambar terbaik, terseksa gak ni.. :) wah, bestnye ade baby, buat la dear, ade offer lagi tu click je picture kat bawah tu :)

      Delete
  3. teha pon pakai photogrpaher sdn bhd je dija..save bajet gitu kan..heee..mmg dah terpedaya nak amik photobook tu..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimat kan teha.. :) tapi dija ni tak de la pandai edit beriye, rasenye gambar yang diambil dah cantik dah, cume edit sikit2 je teha :) beli la, kalau rase rajin nak buat photobook beli banyak teros :)

      Delete
  4. bpe Lame br siap nih? Sya ade beli kt groupon cuci gmbar. bLn Nov beli. smpai skang xupload g gmbr nye. muLe2 berkobar2, skang da mLs. naseb baek expired bLn 3.

    siLe jgn tiru! huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang guestbook aritu sebulan lepas beli tu baru dija buat sebab memang dah nak dekat majlis.. untuk yang ni dija dah start edit dua buku, dah masukkan gambar akad nikah dengan outdoor, nak pilih gambar la paling malas, dah masuk masuk tinggal penambahan kalau nak edit page mane mane pulak :) sya beli la try buat photobook satu, best tau :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate