~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, March 15, 2011

~~big MommA~~

amboi tersangat la happy kan bila diumumkan yang kelas cancel~~
horeyyy, rasa nak menjerit sampai satu uitm dengar kalau boleh tau, bukan senang kelas nak cancel, kalau kelas aku cancelkan sendiri biasala kan..hehe
so, macam-macam plan la kan sementara nak tunggu kelas pukul 4 ni konon2 nya nak makan mcd je, konon2 je la kan~~
sebab kan hari ni memang macam tahap yang lapar gila-gila, aku siap order bubur besar+set ayam goreng mcD~~
memang betul-betul tahap melantak ar, tapi bubur aku bagi gak kak bel, zura, eryn rasa.. tapi sikit je la kot..hehe
ayam pun tak adalah abis pun, makan satu je pun, konon niat di hati nak makan masa tengok wayang lagi seketol tu, tapi langit tak selalu cerahkan, uikksss, tak kan lah ujan dalam wayang pulak kan.haha
tragedinya bermula disini~~
chop2 sebelom terlupa kan, niat di hatikan tak nak beli apa-apa kan, tapi sebelum nak masuk wayang tu boleh pulak melencong kat F.O.S, ada buy one free one pulak, ape lagi meroyan la aku ngan kak bel, ngan jojo2 la sekali meroyan..haha jojo sekali terbeli, aku share je dengan kak bel, murah je la, dapat la baju cantik RM14.50 boleh la pakai pergi sabah, kalau tak baju tu RM29, gila tak gila..haha
berbalik kepada cerita tadi, sebelum nak masok tu, pompuan tu sebok ar pulak nak check beg ar siap pakai torchlight lagi, aku ingat air mCD tak lepas masok, rupanya ayam goreng pulak tak lepas, punah segala harapanku..haha dia siap kejar jojo sampai kat dalam wayang tu lagi sebabkan jojo tak nak tunjuk beg dia sebelum masuk, ha, ko bukan jumpe pun pe kan, gelabah pulak dia tu~~

aku duduk membebel lupa pulak nak cerita aku tengok cerita ape, aku tengok cerita big momma~~
yang menjadikan lagi best tu bila tiba-tiba aku dapat message, kelas kul 4 cancel, waaaaaaa, suke2, bagi orang pemalas macam aku memang suke la kan, rasa macam nak golek-golek je dalam wayang..haha pas abis ni boleh ar shopping lagi kan..haha

big momma~~

dia ni adalah ejen FBI, anak dia ni mengekori ayah dia sebab nak dapatkan tandatangan ayah dia untuk dia terus jadi popular, anak dia ni minat muzik~~
semasa dia mengekori ayah dia, dia ternampak satu kejadiaan bunuh, jadinya dia merupakan saksi dalam kejadian tu, orang jahat tu apa lagi la, mestila nak bunuh dia kan sebab dia saksi~~
untuk mengelakkan mereka dikenali jadinya diaorang menyamar, ayah dia menyamar sebagai big momma pengasuh kat kolej perempuan dan anak dia memasuki kolej tersebut~~
kat sinilah macam-macam peristiiwa berlaku~~
anak dia jatuh cinta dengan seorang pelajar kat kolej tersebut~~
memang gelak golek-golek la masa si zura tengok cerita ni, dengar suara dia je kat wayang ni.. jojo dah tak sanggup nak duduk sebelah zura..haha
cerita ni memang kelakar ar, memang gelak je la kan, tapi tak over ok..hehe

yang tak best ni belakang kitaorang kan couple seat, yang mamat belakang aku ni memang selekeh agaknya, dengan sendawa banyak kali, sedut higus lagi, pastu call dalam tu nak cakap kuat2~~
control la sikit perangai tu depan orang, girlfriend ko tak malu ke~~ geli ok!!

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

No comments:

Post a Comment

terima kasih bagi sepatah dua kate