~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, January 3, 2013

Resipi Ayam Kentucky ala KFC dan Kentang Sambal Ikan Bilis

Disebabkan aku masih tidak bekerje, maka aktiviti wajib hari hari mestilah sediakan makanan untuk encik suami, sediakan makanan tu bukan bermaksud beli kat luar, untuk mengikat kasih, ikat perut suami, isteri kene la masak untuk suami. Aku ni pun bukanlah pandai masak pun, tapi kalau tak pandai bukan bermakna tak boleh cuba, macam macam cara ade, encik suami dah pun belikan buku resepi *1 hari 1 resepi tu* dan kadang nak lagi senang aku gunakan khidmat mr google je. Resipi kat internet lagi ringkas, website yang aku suke myresipi, sebab tula tempat orang kongsi resepi kan.

kebiasaannya kalau encik suami kerje siang dia takkan balik makan tengah hari, jadinye aku masak sekali je, masak petang, makan same same dengan encik suami. Tapi dua minggu ni dia balik pukol 10 malam kerje dari pukol 7 pagi, aku tetap jalan kan rutin harian iaitu memasak, cume aku tak tunggu makan sekali, kalau siang aku sanggup je tahan lapar, tapi aku tak sanggup la nak makan pukol 10 malam, lepastu tak lame tu dah nak tidokan, dah macam ular sawa kekenyangan aku nanti, lepastu berat badan pun mestilah bertambah, makan malam kot.

Lame jugak aku tak post entry resepi, sebelum aku banyak cerita pasal persiapan kahwin, aku suke jugak cerita pasal makanan atau resepi yang aku dah try. Tu la mulenye nama blog aku food lover. Tapi sekarang dah tukar nama dah, sebab rase banyak bende yang aku nak share, tentang kehidupan seharian, travel dan juga resepi. Bila ade entry resepi ni, senang nanti bile aku dah lupe nak masak macam mane, boleh bukak blog sendiri *tu namanya syok sendiri*. Anak cucu aku confirm bangga, nenek pandai masak, bukan sekadar berblog syok sendiri tulis aktiviti harian siap share ilmu memasak. Padahal nenek pun google je, pastu edit update kat blog sendiri haha

Dah banyak melalut pulak. Untuk menu petang ni, aku buat yang mudah je, sebab bahan kat rumah pun tak berape banyakkan, jadi ini je yang boleh dihasilkan, ni pun sumber dari mr google kat my resipi. tapi aku tambah sikit la. Encik suami pulak hanya makan ayam sahaja dan bahagian dada, maka aku cume akan masak ayam je, kecuali bile family aku berada dirumah.

Ayam kentucky ala KFC:

Bahan bahan:
Ayam *tak ade ayam mestilah tak jadi* Terpulanglah nak ayam sekor ke, dua ekor ke, ikot kesesuaian ya
2 sudu Minyak Bijan
Telor sebiji
2 sudu Lada putih serbuk
1 sudu Lada Hitam *ni aku tambah sendiri*
1 kotak Tepung Kentucky

Cara-caranya:
Ayam dibasuh dan dipotong.
Dalam satu mangkuk, gaulkan minyak bijan, telur, lada hitam dan lada putih dan gaulkan sehingga rata.
Perapkan ayam lebih kurang 30 minit *tadi aku nak cepat kejap je la aku tunggu*'
Ambil ayam yang dah diperap dan golekkan dalamtepung kentucky.
Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga keperangan
Siap *confirm sedap macam KFC la* lepastu aku makan dengan kentang je, untuk encik suami masakkan nasi.

credit to :My Resipi



resepi kedua ni pulak aku tak google hokey ni resepi turun temurun, tak adenye turun temurun, ni resepi mama. Tapi kentang sambal memang aku pandai buat, pandai buat bermakna aku tak payah nak tengok resepi buat sendiri je teros sebab resepi dah ade dalam kepala. Tapi hari ni saje nak tambah ikan bilis, sebab encik suami suke ikan bilis.

Kentang sambal ikan bilis

Bahan Bahan
kentang dua biji *ikot kesesuaian berape orang nak makan ye*
Segengam ikan Bilis
bawang Besar (Dikisar)-2 sudu
Cili kering(Dikisar)-1 sudu
Gula -1 sudu
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Potong kentang ikot kesesuaian *aku tak reti nak cakap potong macam mana, haha*
Panaskan minyak dan gorengkan kentang.
Lepas dah siap goreng semue kentang, goreng pulak ikan bilis.
kurangg kan minyak dan mulekan menumis semue bahan kisar iaitu bawang besar dan cili kering. Dah naik bau, masukkan gula dan garam.
Lepastu masukkan kentang dan ikan bilis gaulkan sekejap, tutup api, dah siap.


Senang kan memasak ni, cume sebelum kahwin kan aku memang tak rajin masak, serius malas gile. Bila dah kahwin tau tanggungjawab sendiri. Kesiankan encik suami balik kelaparan, aku mestilah nak masakkan, cume kadang risau aku masak tak sedap. Tapi tadi macam sedap je, mama makan ayam tu siap amik satu lagi, maknenye sedapkan? lagi satu aku ni tak kenal bahan bahan, tu yang susah nak masak, daun daun tu lagi la aku tak tau, encik suami lagi tau dari aku walaupun dia pun tak la reti masak, tapi dia lagi tau. Dan haritu encik suami buat la nasi goreng, first time tau dia masak, tapi lagi sedap dari aku masak, pastu bangga gile pulak..hehe Tak pela bagi suami sendiri happykan :)

Korang tibe tibekan aku jatuh cinta pulak dengan cerita setia hujung nyawa, sebelum ni aku tengok bosan gile, tapi bile dia dah kawin, aku rase comel pulak, dia kahwin tanpa cinta, maknenye bercinta selepas kahwin, tapi comel sangat. Sebab perempuan tu macam budak budak, semue kerje tak reti buat *kadang aku rase macam aku pulak* haha perasan. Maksud aku bab yang tak reti ape ape. Laki dia pulak sweet sangat ulang tahun ke 30 hari pun sambut tau, siap buatkan pavlova untuk isteri dia, tapi tak sedap, comel gilekan. bile dah kawin ni suke pulak tengok cite kahwin kahwin ni, rase comel je hehe tapi laki dia ni kuat cemburu pulak. Eh, first time aku buat pavlova dan tak pernah rase pun sebelum ni, buat untuk birthday encik suami tahun lepas, rase okey la, sedap pulak, sebab tak pernah rase kan :)

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. wuhuuu..boleh cube ni resepi dija ni..heeee:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teha. kene try. Lepas ni dah nak kawin, mesti la rajin kan diri memasak kan :) gud luck dear :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate