~~pEnGikUt sEtiA~~


Friday, January 11, 2013

Suamiku Syurgaku

Semue orang bila lepas kahwin impikan kebahagiaan kan, mane ade yang nak kahwin sebab nak sengsarakan. Maaf la bila dah kahwin ni entry pun lebih terjerumus ke arah alam rumah tangga. Tapi untuk yang baru nak kahwin pun kita boleh jadikan sebagai panduan. Aku nak share tips yang isteri jangan lakukan yang tidak disukai suami iaitu jangan menuduh, jangan mengamuk dan jangan menjawab. Tips ni aku dapat mase tonton wanita hari ini tadi. kebiasaannya kan yang jangan jangan jangan la yang kita nak buat kan. Untuk mencapai kebahagian di alam rumah tangga ni, cubala elakkan dari buat yang tiga jangan ni, ni lebih kepada  peringatan untuk diri sendiri jugak la. Kadang disebabkan tiga bende ni la boleh membawa kepada pergaduhan yang besar kan, jadinya cuba la elakkan, nak jadi isteri solehah kan. Lagi satukan kita anggap la suami/isteri sebagai anugerah yang tidak ternilai. Bila bende tu anugerah maka kita jaga la dengan baik dan jangan di sia siakan  dan yang paling penting kita kene bersyukur. Anugerah tu kan sesuatu yang patut kita banggakan kan, seumpama kita menang award anugerah bintang popular la, tapi anugerah yang kita dapat ni lebih besar la sebab tu tak ternilai. Alhamdulillah aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang cukup sempurna di mata aku. "Dialah cinta pertama ku dan semoga suamiku juga menjadi cinta terakhirku sekaligus membawa cinta kami ke syurga..amin" Doakan kami teros bahagia ye :)

“Tidak perlu mencari wanita secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim, andai diri tak sehebat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna seperti Khadijah andai akhlaqmu tak seindah Muhammad..”

“Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai..”

Suke kata kata hikmat kat atas ni jadinye saje nak tepek kat sini, kat atas ni ayat copy paste ye, harap maklum, ayat aku tak cukup power nak buat ayat macam kat atas ni. Suami isteri ni masing masing ada kekurangan tau tapi kita akan saling melengkapi antara satu sama lain. Kekurangan isteri akan ditutupi dengan kelebihan yang suami ada dan kekurangan suami akan ditutupi dengan kelebihan isteri. Semoge aku menjadi isteri solehah untuk suamiku. suamiku syurgaku :)

pss sebenarnye rindu la kat encik suami, bile tengok wanita hari ini tadi terase lagi rindu, dah lame tak makan same same, encik suami kerje dari pagi sampai malam minggu ni. Nak makan lewat sangat tunggu encik suami takut bertambah gemok nanti, jadinye bile encik suami balik aku cuma teman tengokkan je encik suami makan. Tapi malam ni angah aku balik, ade la anak sedara aku aira yang bam bam, boleh la main dengan dia, nak gigit gigit pipi budak comel tu, tak sabar tunggu diaorang sampai, kurang la sikit rase sunyi kan :) Ahad encik suami balik boleh jalan jalan, dah lame tak dating *gedik* 

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

4 comments:

  1. setuju....mmg 3 perkara tu kalau x jg pasti akan jadi lagi terukkan..tq atas perkongsian....moga2 cik mah akan sentiasa ingt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ape kita same same nak mendidik jadi isteri yang solehah, dija pun share ape yang dija dapat bagi semue kita jadikan sebagai panduan, bile dah kawin mesti kita nak jadi yang terbaik untuk suami kan :) cik mah pun dah dekat ni, mesti dah tak sabar :)

      Delete
  2. hehe. pengantin br ni. br sebuLan. harus La rindu memanjang.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya pengantin baru yang dah tak baru dah..hee tapi kene rindu sepanjang masa baru la erat kasih sayang gituw.. nanti sya macam ni gak :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate