Hari ni tak cerite pasal persiapan kahwin la, cite pasal aktiviti hari ni, blog dah macam diari kan, aktiviti seharian semue nak ditulis kan, tapi rase puas hati tau bile dapat menulis blog ni, eh menaip kot.. Encik tunang dah tolong renewkan passport, untuk lima tahun, renewkan melalui internet jadinye aku kene pergi amik sendiri kat pekan rabu, sayang encik tunang lebih lebih ni :) mulenye aku fikir yang sekadar amik passport mestila sekejap je kan, dah hantar resit tu, dia cakap problem sikit gambar yang dah hantar secara online tu tak boleh gunakan, nak jugak yang baru, jadinye aku pun kene la amik gambar baru, dah la tak ade pilihan kedai, walaupun kedai tu amik gambar pakai dslr, gambar yang diamik tu tetap tak cantik, dah la nampak gelap, edit la sikit sebelum printkan, tak puas hati betol tau, kalau tau aku amik gambar dulu sebelum datang baru puas hati, passport tuk lima tahun, gambar tak cantik pulakkan, hee banyak bebel, nak tunggu siap tu hampir dua jam jugak la, padahal pengambilan passport je, cuti sekolah pulak, lagi la lame, tunggu je la dengan tabah, best kan dah ade passport lepas ni boleh jalan selalu kan encik tunang? :)
balik tu singgah sutera mall, nak cari kasut tuk majlis bertandang tau, aku nak cari wedges tak nak pakai heels, yakin dan lebih selamat dan wedges aku boleh pakai lepas kenduri kan, tapi tak jumpe yang berkenan, ade heels pulak tapi harge rm100++ disebabkan pakai sekejap je aku tak nak yang mahal mahal *kedekot* akhirnye aku tak beli ape, adik shopping kasut dengan beli baju ala peplum dua rm50, cantik gile tau, walaupun free size tapi size tu macam size s je, untungla orang kurus, aku kalau kurus dah borong je, tengok je la boleh, tak pun pinjam je adik tapi terang2 tak muatkan, dah kene diet macam ni *hangat2 tahi ayam* misi mencari kasut akan diteroskan esok ke lusa ke, harapnye jumpe la berkenan, minggu depan je kot, minggu depan? Hoho
wow bestnya dah renew passport.
ReplyDeletex sabar nak honeymoon ke dear ?
hehe. gurau je.
Zar Qaseh
jom support my online blogshop.
TQ darla :)
Haha johor kan dekat ngan singapore dah renew passport boleh jalan2 nanti..hee
Delete