Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Thursday, November 8, 2012

Wedding Preparation 31: Bride Room

Rase lagi excited nak kahwin kan bile duduk dalam bilik pengantin, tadi siap bungkus bungkus doorgift for solemnization sambil tu merenung bilik nak deco macam mana la nantikan, untuk langsir pakai langsir yang lame je sebab masih cantik tinggal basuh je pastu gantung balik, rasenye kalau esok rajin dah boleh gantung langsir, sebab pada langsir tu la akan dihias Paper Fan dan Paper Tissue Flower, dah ade idea cume belum direalisasikan seperti yang dikehendaki sebab belum basuh lagi langsirkan, untuk set perabot pulak aku pakai je yang sedia ade sebab baru je tukar mase kawin angah awal tahun lepas, bilik tu pulak jarang guna dan selepas kawin nanti bilik tu akan jadi milik aku teros, sebab lepas kawin buat sementara ni la kami akan duduk rumah family aku dulu, tunggu la kumpul duit dulu baru beli rumah sendiri, aku memang seronok nak rumah sendiri, macam2 fikir nak hias rumah macam mana la, jadinye buat sementara waktu hias je la bilik pengantik, aku dah siap hias sikit, haritu ex schoolmate datang rumah, dia tengok dah bilik pengantin yang aku dah hias sikit, dia kate ni boleh buat suami tak keluar bilik je ni haha *encik tunang bace ni mesti sengih sengih* 
yang penting bilik selesa kan, almari baju pun aku dah siap kemas dah, tapi banyak jugak baju aku rupenye, belum masukkan baju encik tunang lagi ni, dah sediakan rak buku untuk encik tunang, nak bagi encik tunang semangat study, walaupun dah keje encik tunang kene jugak study selalu, bilik pulak ade tv, kalau encik tunang study sambil tu aku tengok tv agak2 dia study ke join tengok tv? *haha, dah berangan lebih pulak* lepastu rase nak angkat dvd player yang kat bawah tu letak kat bilik la, sebab macam tak gune je, boleh la layan korea series ke, jepun series ke, taiwan ke, macam best je kan, nanti la nak angkut bawak naik atas 
minggu lepas mama ade beli portis, portis ni kegunaan nak sangkut topi ke, coat ke, dapat murah je rm50, mule mule aku cakap mama buat ape la beli bende ni nak guna untuk ape, mama cakap boleh sangkot handbeg aku pun bukan main teruje la, cakap rm50 je nape mama tak beli banyak, boleh la letak kat bilik aku kan, akhirnye portis tu berjaye diletak dalam bilik aku, mulenye buat sementara tapi macam dah hak milik kekal, penoh handbeg aku dah digantung, korang beli la bende ni best la, malas nak amik gambar aku google je macam ni la portis di bilik pengantin ku :)


lebih kurang macam ni la, tapi aku punye portis tapak dia bulat dan nampak lagi cantik, nanti rajin aku amik gambar

tapikan bestkan nanti bile dah ade rumah sendiri aku nak almari yang macam dalam iklan zalora tu, semue lengkap ala ala cite princess diaries *teruskan berangan ye cik khadijah*

picc dari encik google

aku nak tabur bunga hidup la atas katil macam ni la, nak je la, tapi tak tau la buat ke tak, bilik pengantin kene tunggu lepas majlis la baru best kan :)



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. hi dijah...tq lawat blog nona-pinkblue.blogspot..dh letak ur link :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear nanti dija update letak link blog cik nona ye :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate