~~pEnGikUt sEtiA~~


Saturday, August 6, 2011

~~menjahit dah macam hobi~~

assalamualaikum
hari yang begitu bahagia bila lens jatuh dari langit dengan tak disengajakan, rezeki nak dapat lens kan, untung sabit lens yang timbul pulak kan, sangat gembira cik hati kerana menerima lens baru, dengan ini saya mengisytiharkan mata saya akan bertukar menjadi warna biru, nak perasan jadi minah saleh jap ar, nak jugak join korang yang perasan mata biru, dengan sepasang mata biru yang cantik*euww, perasan giler tak payah la aku nak jadi sombong yang tak disengajakan bile pergi bazar kan, hanya kerana tak nampak kan, tak payah lagi nak biarkan kawan kawan, peminat peminat memanggil manggil aku seperti syok sendiri pulak kan *cukup cukup la mengarotkan

hari tu aku dah berjaye dengan jayenye menyiapkan hp case dengan menggunakan kain felt, terase diri begitu hebat, walaupun hp case yang dihasilkan agak senget kan tapi aku tetap tak berputus asa
semalam aku berjaye menyiapkan beg laptop yang comel *terpuji buatan tangan sendiri yang comel tu dengan menggunakan kain felt, hanya dalam mase satu hari eh tak sampai setengah hari pun, aku rase aku dan jarum serta benang tak lagi dapat dipisahkan, diibaratkan bagai isi dengan kuku, terase seronok pulak menjahit ni, berbakat jugak aku ni *perasan pulak tiba tiba keseronokan menjahit mengatasi segalanya sampai sanggup mengabaikan kerja rumah yang lain tau, begitu hebat penangan menjahit

dulu dulu kalau buat biodata tulis hobi mesti tulis mengumpul setem la, mengumpul surat, mengumpul kad raye, mengumpul boyfriend *segala jenis mengumpul nak tulis menjahit memang tak ade la dalam kamus hidup aku, kalau sekarang ade orang mintak biodata macam best pulak nak tulis menjahit *kagum pada diri sendiri 24jam padahal baru dua hari menjahit tu pun setakat buat beg laptop dengan hp case dah nak canang satu dunia pulak kan *over excited

jom la tengok picture beg laptop yang comel *nada memaksa ni

pandangan hadapan, ade nama lagi tau, dalam ni dah letak laptop ku yang comel
*kali ni jahitan dah agak kemas la kan*

pandangan belakang, siap buat macam poket lagi, senang nak letak cable ke, external hardisc ke

nak buat ape pulak ye pas ni, excited nak buat macam macam lagi
adik tengah gigih buat kad raye untuk boyfriend dia
daaaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. kreatif.. cantik.. boleh buat mniaga nie..
    ada masa ajarr akak ye..

    jemput singgah blog mommy
    http://kasihmommy.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. @mommy jue: hee thanks.. tapi lum tahap leh niaga lagi, lingkup perniagaan nanti, kene dah btol2 pro dulu..:)

    ReplyDelete

terima kasih bagi sepatah dua kate