~~pEnGikUt sEtiA~~


Saturday, July 9, 2011

~~cantik fazura pakai tudung~~

hai semue *ceriannye pagi ni
pagi yang indah untuk aku tidur telah dicemari oleh bunyi bunyi yang tak menyenangkan, terpakse la bangun dengan sakitnye hati dan telinge, macam mane la adik boleh selambe je tidur dengan bunyi bunyian yang tak menyenangkan tu, lene je dia tidur tau, aku dengan hati yang gembira tak terkata ni bangun la awal sikit *awal la sangat kan, dah pukul 9 pun, kira dah lewat jugak tu, awal untuk aku je kan
mak ngah aka mak izzah, selang sepintu rumah aku ni tengah renovate rumah, bunyi dia punye la kuat, macam kat sebelah telinga aku je tau, macam ketuk dinding bilik aku pulak *sabar je la kan adat la tu, mase rumah aku direnovate pun, bernanah jugak jiran jiran aku dengar bunyi bunyi yang tak menyenangkan telinge tu
bukak je mate, bukannye ade niat nak turun bawah, tolong mama masak ke, terus online pulak *bagus betol perangai anak dara ni, sesuai sangat la nak buat bini kan..hahah
  kejap lagi aku nak buat sikit lagi sample choclate chip cookies, lepas ni tunggu order je la, esok mama babah nak pergi jepun balik sini hari jumaat depan *uwaaa, tak dapat ikot, kene tinggal

menangis kene tinggal

dah, dah buat cerite sedih pulak kan..
korang tengok tak cerita tahajud cinta  
semalam aku dapat tengok sikit je, dah nak abis pun, jadinye pagi yang indah dicemari pencemaran bunyi ni, aku pun tengok la cerita tahajud cinta kat youtube
suke la cerita ni, sebab ade fazura, suke sangat dengan fazura, sebab dia cantik + comel, cantik dia pakai tudung, siap pakai purdah lagi, suke sangat tengok lakonan dia, dulu suke tengok gol dan gincu sebab ade fazura,  tapi kan dalam cerita tahajud cinta ini macam kelakar sikit bile diaorang cakap arab kan, nampak macam membaca pulakkan, tak kisah la macam mane pun, suke jugak faz

Fazura Tahajjud Cinta
cantikkan faz pakai tudung, sweet sangat

daaa~~~



TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

No comments:

Post a Comment

terima kasih bagi sepatah dua kate