Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Wednesday, October 3, 2012

Resepi Moist Chocolate Cake Ganache M&M

hai semue
hari ni saje nak cerita pasal resepi pulak, persiapan wedding nanti la sambung cite ye, baju dah try aritu tapi ade problem sikit, masalah untuk orang comel kurang ketinggian ni kan *wekkk*
tajuk dah menampakkan ciri ciri isteri mithali, konon macam rajin, tapi konon je la kan, sebenarnye kek tu baru first trial dan alhamdulillah menjadi puas hati la rase nak buat lagi walaupun sepanjang buat tu ade la kesilapan sikit kan, kek ni budak sekolah rendah pun boleh buat, nama je cam gempak rase susah nak buat tai tak susah mane pun sebenarnye
resepi ni pun dah lame kawan aku cik malin mintak aku ni ha tak bagi bagi, untuk memudahkan aku buat la entry untuk malin, terharu kan malin

untuk resepi moist chocolate cake (kukus)

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan
credit to: melayukini.net

aku suke resepi yang ni sebab sukat pakai cawan, malas ar nak timbang2, kalo pakai cawan pakai semua saiz sama insyaAllah menjadila kek korang


eh, korang jangan lupe pulak tutup pengukus tu, ni la kesilapan aku ngan adik dah cantik2 balut leh pulak tak tutup pengukus tu, dah sejam check, awat cam cair je kan? pastu aku ngan selambe badak tanye adik, eh, adik bende ni tak payah tutup ke? kalau tak tutup cam ne la nak proses kan? makanya kitaorang dengan sabar tunggu la dalam 40 minit, nasib la jadi tau, cume tak selembut kek biase la, tapi rase tetap sedap 


sambil sambil tunggu korang punya kek siap dikukus korang boleh la teroskan buat ganache pulak untuk sapu atas kek tu
ni resepi dan cara caranya:

300gm chocolate masakan (tuan asal ni guna sampai 1kg, 1 kg banyak gile boleh makan sebulan kot, aku punye chocolate tinggal ni je aku guna je la banyak ni yang ade, aku tak timbang2 main agak2 ni)
80gm butter
200 ml whipping cream

Langkah 1: Hiris atai potong kecik kecik choclate tersebut suapaya senang cair nanti
butter tu kalau baru keluar dari peti ais korang biarkan cair/lembut sebelum gunakan

Langkah 2: Masukkan 200ml whipping cream dalam periuk, hidupkan api sederhana dan masak sehingga ia mendidih
p.s : jangan biarkan terlalu lama cecair whipping cream boleh membuak buak sehingga keluar dari periuk

Langkah 3: bila api dah tutup, tuangkan semue chocolate yang telah dihiris ke dalam periuk yang mengandungi cecair whipping cream yang dah dimasak tadi. kacau sehingga chocolate masakan cair munggunakan sudu/whisk

LAngkah 4: bila chocolate tersebut dah cair, masukkan butter dan kacaukan menggunakan susu/whisk
kacau sehingga butter cair dan sebati

selain chocolate ganache disapu kat kek, korang boleh la sapu kat roti pun sedap lagi bila ditambah m&m


resepi chocolate ganache credit to en hairul

last tu korang hias la cantik2 nak nampak gempak letak la M&M, memang sedap la, ni picture nya, sebenarnye pembesaran dia agak terbantut sebab kan kesalahan yang kami buat tu, tapi tak ape yang penting rase sedapkan


selamat mencuba kawan kawan :)
rasa nak buat kek lagi la


TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

No comments:

Post a Comment

terima kasih bagi sepatah dua kate