~~pEnGikUt sEtiA~~


Sunday, October 7, 2012

Wedding Preparation 5: Kad Kahwin

Yuhuu 
Semalam kemalasan yang tak terhingga sampai tak ade rasa nak hupdate blog, kemalasan hupdate blog je hokey tapi kerajinan mengemas bilik, dah start dah deco sikit2, kemas almari, kuarkan baju yang memang dah tak pakai, nanti dah siap sepenuhnya la baru cite pasal preparation bride room, aktiviti mengedit guestbook pun dah hampir selesai, cuma depan tu babah la bagi idea suruh tulis dalam jepun, amboi nak kelainan sangat la kan, nanti la gi umah kak matayo tu tanya guestbook dalam jepun ape kan, google translate ni kadangkala hanyalah dustakan, encik tunang pun tak dapat tengok lagi picture pre wedding tu, esok je la bagi dia cd, tengok la puas2 :)
berbalik kepada cerita kad kahwin, aku tak berape kisah sangat kad kahwin ni, pada aku cantik, simple dan murah adalah yang paling terpenting, lagipun kad ni kadang bukan la orang simpan sangat kan, jujur la aku pun tak simpan, nak diy pun cost gak, makanya mase aku jalan jalan kat pameran pengantin kat Angsana, saje nak cuci mata tengok baju+pelamin cantik2, terjumpe satu booth yang jual kad kahwin ni, RNE Design (FB, Kad Kahwin Cun) amik yang pakej ekonomi je ye, 1000 keping kad+lamination dapat percuma 300 tq tag dan satu bunting dengan harga RM400, setelah puas congak mencongak aku rase ni memang dah sangat murah dan nak amik pun senang nanti dah siap aku boleh amik sendiri kat larkin, memang ade gak yang tempah online tu murah, tapi tak campur post lagi, pastu yang ni pun boleh design sendiri, pilih je kita nak design cam ne, nanti dia boleh buatkan macam yang kita nak, pastu aku nak kad yang sekeping je, sebab aku memang pemalas gila nak lipat kad, mase along aku kahwin kad dia depan belakang ngan pasangan yang tiga lipatan, masa angah pulak dua lipatan tu yang biase orang buat, sampai kat aku sekeping je dah, tak kecik hati langsung aku yang nak sekeping sebab masa diaorang kahwin aku yang kene lipatkan kad sampai 1000 nak tampal nama jemputan lagi, malas hokey, ni masa aku kahwin aku jugak yang kene tampal nama tapi dah jimat tenaga tak payah lipat, yang untuk percuma tu pun boleh pilih nak design bunting cam ne ngan tq tag, tu aku nak guna gambar prewedding nak email kat diaorang. kad, bunting ngan tq tag aku ikot tema mase majlis nanti, warna merah+hitam
first draft aku dah dapat, semue dah okey la, betul dari segi ejaan, tapi mula2 aku ingat nak letak jugak alamat rumah, walaupun buat kat dewan, tapi nanti boleh buat orang confuse okey, jadinye nak mintak dia padam alamat rumah tu jela, tunggu la kad kahwin siap sepenohnya baru boleh tunjuk ya
saje nak tunjuk contoh2 kad RNE Design

 facebook ni dah biasa sangat kan, semue orang nak buat facebook, cimta muka buku boleh la kan

ni comel, buku sekolah, aku ngan encik tunang boleh la buat cam ni kan, dah couple dari sekolah, tapi kad lipat lipat ni tak minat la

macam macam design sekarang ni, tak sabar nak tengok kad siap sepenohnya
daaaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. dijah!!!!!hehe..selamat berprepare ye..gudluck!all the best:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks lyn sayang.. nanti datang kenduri dijah :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate