Google+ Followers

~~pEnGikUt sEtiA~~


Monday, October 29, 2012

Wedding Preparation 21: Tempahan Tok Kadi

Hai, ni kat kampung kat Bentong, Pahang, sementare tunggu makan tengahari *pemalas anak dara ni, oang masak kat dapur, aku duduk kat bilik update blog* Kita sambung cite pasal persiapan kahwin la ye, dah dekat nak kahwin ni haruslah excited hari hari nak cite pasal persiapan kahwin. Minggu depan dah start cuti sekolah kan, mestilah tiap minggu ade undangan perkahwinan kan, makan kat kenduri je la hujung minggu kan, sehari bape kenduri la kan, jadinya kalau tak tempah awal awal tok kadi pun mesti dah fully booked kan, hari tu aku dah cerita serba sedikit dokumen semue yang kene bawak ke pejabat agama untuk daftar nikah kan, dah selesai semuenye, pejabat agama akan mengeluarkan borang semue yang perlu diberi kepada tok kadi, untuk dibawa mase hari nikah tersebut, pejabat agama akan berikan nama dan no telefon kadi daerah kita, kerja menjadi mudah sebab tok kadi tu merupakan bekas jiran aku semasa kami sekeluarga menyewa di Taman Uniersiti, dulu betol betol duduk depan rumah tok kadi tu tau, mase beritahu nak nikah tu kan, isteri wak (aku panggil tok kadi tu wak) cakap dah besar dah khadijah, dah nak kahwin dah, dulu kecik kecik aku selalu pelok pelok cium wak tu, anak dia pun tak macam tu, nampak kemanjaan aku kan ngan bapak orang pun suke suke je nak bermanje, tu zaman kecik kecik dulu la, dah besar ni malu okey, wak tu pulak yang akan nikahkan aku lagi la segan, borang borang tu pun dah hantar pada wak, mase tarikh aku akad nikah tu kirenye aku dah orang ketiga booking tau, pukul 3 petang dengan 9 malam dah ade orang, aku booking pukul 5 petang, selepas asar pada tarikh 30.november.2012


pss doakan semue dipermudahkan dan berjalan lancar ye, mase semakin dekat ni semakin berdebar kan
tibe tibe dapat idea nak buat candy buffet la, macam best kan :)

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

2 comments:

  1. tak tempah tok kadi lagi.. baru je terhegeh2 nak buat appointment aihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee tak pe pasni dah wat appointment dah leh dah bookinng mase.. sekarang dah cuti sekolah mesti ramai berebut hari yang same :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate