~~pEnGikUt sEtiA~~


Tuesday, October 16, 2012

Wedding Preparation 9: Persediaan Sebelum Daftar Nikah

hai semue
hari ni saja nak share persediaan sebelum penghantaran borang nikah dibuat ataupun sebelum nak daftar nikah, rasanya ni kemuncak yang paling pentingla kan, sebab kalau tak ade semue bende ni cam ne nak nikah kan, aku belum lagi pergi pejabat agama untuk penghantaran borang ni, insyaAllah esok baru nak hantar borang dan mase tu mestila di interview kan, disebabkan kawasan encik tunang tu termasok daerah lain makanya encik tunang semalam dah diinterview di kulai, banyak jugak la soalan nya, antaranya bacaan doa qunut, niat mandi wajib, mengucap, bacaan fatihah dan tanggungjawab suami, kira banyak jugak ni tau, harapnya esok aku kene soal sikit je la, nak harap harap pulak kan, yela sebab bila kita gelabah walaupun kita reti baca pun boleh jadi tunggang terbalikkan nanti, bahagian encik tunang dah selesai, semue dokumen encik tunang tu pun aku kene bawak esok
ni antara dokumen yang wajib dibawa esok

sijil pra perkahwinan:
ni kira dah settle lama, sebab aku ngan encik tunang memang dah dapat sijil ni dari tahun 2009,  kitaorang amik masa belajar, amik tahun yang sama, tapi tempat lain2 la, encik tunang amik masa belajar kat ukm kl, aku amik masa kat uitm segamat, kiranya satu bende dah selesaikan, pada aku same je kita amik sendiri atau amik dengan pasangan yang penting kita dengar betul2 tau tanggungjawab masing2


hiv test
hiv test pun dah wajib sekarang ni kan bagi pasangan yang nak mendirikan rumah tangga, mungkin nak elakkan banyak perkara negatif sebab tu diwajibkan, ni pun aku buat kat klinik kesihatan Taman Universiti dekat ngan rumah senang,buat sama sama dengan encik tunang, resultnya keluar dalam masa seminggu, kat klinik kesihatan tu tak payah nak buat appointment, tapi kene pergi pada hari yang betul la, klinik kesihatan Taman Universiti boleh buat ujian hiv hanya pada hari khamis petang sahaja


Surat Perakuan Bujang
Surat ni boleh diambil pada majikan ataupun ketua kampung/Penghulu/Wakil Rakyat, disebabkan aku ni penganggur terhormat makanya aku pun tak adelah majikan kan jadinya pergi je la jumpa ketua kampung yang daerah johor bahru, tak kisah mane mane ketua kampung asalkan daerah johor bahru boleh mintak surat ni, banyak jugak la halangan mula mula pergi jumpe ketua kampung Sri Skudai, Ketua Kampung tak ade dia pergi menunaikan ibadah haji, dia tinggalkan kat jiran sebelah, yang peliknya dia nak borang nikah nak cop kat situ, babah risau pulak kang dia main cop je, last2 pergi jumpa ketua kampung kangkar pulai, babah la sign sebagai saksi, nak cari ketua kampung pun bukannya senang kan, encik tunang mula ingat nak pergi mintak kat pejabat penghulu, masa pergi pejabat penghulu kulai, penghulu pulak tengah melawat kawasan, akhirnya encik tunang mintak surat perakuan bujang kat hospital tempat encik tunang bekerja jela

Surat Kebenaran Berkahwin di Luar Kawasan
surat kebenaran ni wajib kene ade kalau pasangan lain daerah atau negeri, aku dengan encik tunang kategori lain daerah, makanya mase proses interview semalam encik tunang kenela beli borang surat kebenaran berkahwin di luar kawasan

Borang nikah yang lengkap
Borang nikah kat johor ni tulis jawikan, aku tulis rumi je senang paham kan, encik tunang je beriya tulis jawi, selepas selesai isi borang kene ditandatangani dua orang saksi lelaki dan kenela sertakan salinan kad pengenalan saksi tersebut
Wali:
Untuk perempuan ade tambahan satu borang wali, lengkapkan borang tu dan sertakan salinan kad pengenalan wali

borang borang ni wajib dibawa esok dengan borang encik tunang yang dah lengkap, doakan semue berjalan lancar esok, dan dapat jawab dengan penuh keyakinan esok ya

*ni borang encik tunang yang kene bawak esok*

daaaa~~

TERIMA KASIH SUDI BACA, KALAU SUKE BOLEH TEKAN LIKE DAN TINGGALKAN KOMEN. LOVE -DIJA-

9 comments:

  1. Wah... kena interview.... saya semuanya ayah yang settlekan....

    ReplyDelete
  2. hehe..tunang sy pon dah selesai intervew, Alhamdulillah..tinggal part sy je.. ;)
    dijah, awk dekat area jb ke?

    ReplyDelete
  3. nebes kan myrah.. all the best, semoge semuenye berjalaan lancar.. dija duk skudai, myrah jb jugak ye? area mane? :)

    ReplyDelete
  4. kte dari seremban tapi tunang kte orang jb, skudai jugak..hehe
    nak tanya, tau x bridal mane yang ada songket royal blue..kot2, dijah pernah ternampak ke..
    tunang kte xde masa nk mencari,kita lak jauh kt sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tunang dari skudai jugak ye.. ni untuk majlis bertandang ye dear? nak yang pakej sekali ngan pelamin or baju je? yang tempat dija booking ni dija amik yang pakej, tapi for baju kalo myrah nak mintak kain lain or design lain boleh request tau, mane la tau myrah boleh request songket royal blue tu ke and boleh runding harga, myrah try tanye kat fb sri inai andaman :)

      Delete
  5. as salam...dija,nk tnya la,tau xalamat ketua kampung kngkar pulai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dija memang amik sign dari ketua kampung kangkar pulai, dear nak surat pengsahan bujang ye? dija tak ingat la alamat dia.. dear pergi masjid taman universiti, depan notis board ade tulis ketua kampng punye phone number and alamat :)

      Delete

terima kasih bagi sepatah dua kate